Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kendali Rumah Urut Tanpa...

KUALA LUMPUR - Seorang peniaga lelaki didenda RM1,600 atau tiga bulan penjara oleh...

Lawak.. Pelanggan Cuba Troll...

Sesiapa yang ingin bekerja dalam bidang khidmat pelanggan, ciri utama paling diperlukan adalah...

Rumah Di Desa Mentari...

PETALING JAYA: Empat sekeluarga warga Indonesia berdepan detik cemas apabila sebuah bilik di...

EIS Akan Dibentangkan Di...

KUALA LUMPUR - Sistem Insurans Pekerjaan (EIS) yang akan melibatkan kira-kira 6.5 juta...

Soundcircus Festival 2023 Berlangsung Hebat!

KUALA LUMPUR, 2 Ogos 2023 – Sekali lagi, Art Of Speed Malaysia (AOSM) dengan kerjasama peranti elektronik, BRO Asia dan kali ini jenama motosikal berkuasa tinggi, Harley-Davidson, berjaya menarik lebih dari 6,000 pengunjung sewaktu berlangsungnya festival muzik terbesar tanah air iaitu ‘SOUNDCIRCUS FESTIVAL 2023’ selama 2-hari berturut-turut di MAEPS, Serdang pada 29 dan 30 Julai 2023 baharu-baharu ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

“SOUNDCIRCUS FESTIVAL pada kali ini telah menyaksikan lebih 6,000 penggemar muzik bergenre rock punk dan ska berhimpun pada kedua-dua hari festival muzik ini berlangsung,” kata En. Asep Ahmad Iskandar, Ketua Pengarah Eksekutif & Pengasas, AOSM & SoundCircus.

SOUNDCIRCUS FESTIVAL yang dijana oleh Harley-Davidson dan BRO Asia telah menyaksikan barisan kugiran ulung membuat persembahan bertenaga seperti Superman Is Dead, No Good, Plague of Happiness, MC16, Skudap Skudip, Dum Dum Tak, Krusty, Restraint, Naratu dan Armpunk Sindicate.

Di antara segmen khas yang ditampilkan ketika berlangsungnya SOUNDCIRCUS FESTIVAL merupakan acara ‘Battle Of The Bands’ anjuran Harley-Davidson dengan hadiah berupa pakej ke Thailand bagi membuat persembahan di pentas utama Asia Harley Days yang akan berlangsung pada hujung tahun ini.

Tambah En. Asep, “Pemenang bagi segmen Battle Of The Bands oleh Harley-Davidson adalah Chltpdy, dimana mereka akan ditaja oleh Harley-Davidson untuk membuat persembahan di festival muzik luar negara.


“Sejak ditubuhkan pada tahun 2017, SoundCircus terus mara menjadi salah satu tumpuan utama ketika acara tertutup berskala besar di dewan besar MAEPS.

En. Roman Lai, selaku Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif jenama BRO Asia berkata, “SOUNDCRICUS FESTIVAL telah berjaya menarik kehadiran ramai pengunjung dan kami sangat berpuas hati dengan kejayaan AOSM dalam mengendalikan festival muzik ini sekaligus dapat mempromosikan produk kami kepada lebih ramai pengguna.

Menurut En. Sajeev Rajasekharan, Pengarah Urusan – Pasaran Pembangunan Asia & India, Harley-Davidson Motor Company, “Kami gembira menjadi sebahagian dari festival muzik ini, bukan sahaja sebagai penaja utama tetapi mengukuhkan lagi kehadiran jenama kami di AOSM, selain memperoleh kepentingan strategik dan bertindak sebagai platform utama untuk komuniti dan penggemar Harley-Davidson dapat kumpul bersama.

Akhiri En. Asep “Saya berterima kasih kepada semua pengunjung yang hadir memeriahkan SOUNDCIRCUS FESTIVAL serta barisan band yang membuat persembahan dan pihak penganjur, Harley-Davidson dan BRO Asia yang sama-sama menjayakannya, jangan lupa untuk terus menyokong industri muzik kita!

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori