Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

50 Rumah Musnah Dalam...

KOTA KINABALU - Kira-kira 50 buah rumah musnah dalam kebakaran awal pagi tadi...

“Dah Nampakkan Mana Sahabat,...

KUALA LUMPUR – Selepas pelakon Datin Seri Umie Aida membuat luahan perasaan di...

Gula-Gula Popular White Rabbit...

BAGI individu yang menjalani kehidupan kanak-kanak pada tahun 90-an, pastinya gula-gula merupakan item...

6 Pemandu Teksi Diberkas...

SIBU - Enam pemandu teksi diberkas polis kerana terbabit bermain judi ‘See Kee...

SPM 2023 Diawalkan, KPM Akan Keluar Kenyataan Rasmi – Fadhlina

SHAH ALAM: Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 yang dikatakan bermula lebih awal pada 5 Disember ini.

(Ada rancangan nak melancong…atau ada kawan-kawan dan keluarga nak berbuat demikian…..cek ni kejap….klik sini)

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya setakat ini belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara itu, seperti yang dilaporkan dalam portal Kosmo Online.

“Kita (kementerian) memang belum keluarkan kenyataan lagi. Tunggu sahaja laporan penuh kita itu nanti,” katanya selepas melancarkan Laporan Tahunan 2022 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 di Pustaka Raja Tun Uda, Seksyen 13 di sini, hari ini.

Media sebelum ini, melaporkan peperiksaan SPM 2023 dijangka bermula pada Disember ini sejajar langkah KPM bagi mengembalikan sesi permulaan persekolahan kembali kepada asal iaitu pada Januari secara beransur-ansur.


Peperiksaan itu akan bermula dengan ujian amali sains pada 5 Disember, diikuti ujian bertutur pada 8 Januari tahun depan manakala bagi peperiksaan bertulis, dijadualkan berlangsung pada 30 Januari.

Ini berbeza dengan jadual yang dihadapi oleh pelajar SPM 2022 yang bermula pada 30 Januari sehingga 15 Mac lalu.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori