Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Sebahagian Kampung Kemayan Bakal...

BACHOK - Kampung Kemayan yang terletak berhampiran pantai Bachok di sini ibarat sedang...

Howto Produce Powerful Statements

The IELTS writing test might be difficult hill to climb but with the...

EAIC Mahu Syor Buang...

SEPANG : Kira-kira 40 penjawat awam, termasuk penguat kuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia...

Seleweng Projek JPS: Tan...

PUTRAJAYA - Seorang usahawan bergelar 'Tan Sri' dan anak lelakinya antara enam orang...

Suami Bakar Isteri Akibat Selisih Faham

GEORGETOWN: Pekerja ladang tergamak menyimbah petrol dan membakar isterinya hanya kerana perselisihan faham membabitkan keluarga, dalam kejadian di kawasan perumahan ladang kelapa sawit di Tasek Gelugor, semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd Asri Shafie, berkata mangsa berusia 35 tahun melecur sehingga 27 peratus pada anggota badan dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan daripada jiran mangsa pada 10.45 malam berhubung kejadian sebelum anggota bergegas ke lokasi dan ketika kejadian keempat-empat anak mereka berusia antara 10 hingga 15 tahun berada di rumah.

“Hasil siasatan mendapati anak lelaki mangsa berusia 13 tahun mendakwa mereka berada dalam bilik sebelum terdengar pergaduhan antara ibu dan bapanya.

“Remaja itu cuba keluar bagi melihat kejadian sebelum menyedari pintu bilik dikunci dari luar sebelum berjaya membukanya.

“Remaja berkenaan kemudian melihat ibunya berada di bahagian belakang luar rumah dalam keadaan badan terbakar manakala suspek cuba padamkan api itu menggunakan kain, ” katanya kepada media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Asri berkata, suspek yang berusia 36 tahun itu bertindak melarikan diri apabila menyedari api pada badan mangsa semakin merebak.


“Mangsa sempat meminta bantuan anak lelakinya mengambil air bagi memadamkan api itu.

“Remaja lelaki berkenaan mengambil air dari bilik air dan memadamkan api pada badan mangsa sebelum meminta bantuan daripada jiran bagi menghubungi pihak polis,” katanya.

Mohd Asri berkata, mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dan semakan pegawai perubatan mendapati wanita terbabit melecur 27 peratus pada anggota badan.

“Semakan lanjut mendapati suspek mempunyai empat rekod jenayah lampau termasuk pernah mencederakan mangsa.

“Pasangan suami isteri itu adalah pekerja ladang dan usaha mengesan suspek kini sedang giat dijalankan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori