Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Peluang Jadi Abam Lori...

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersama Institut Memandu dan Association of...

Hapuskan Hukuman Sebat Pesalah...

PETALING JAYA - Tabung kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) berpendapat kerajaan wajar mempertimbangkan...

Gangguan Bekalan Air Di...

KUALA LUMPUR - Beberapa kawasan di Klang, Shah Alam di Selangor dan Kuala...

Sri Lanka Kehabisan Petrol,...

ANKARA: Sri Lanka yang dilanda krisis telah kehabisan petrol, kata perdana menteri negara...

Sweden Semak Semula Akta Ketenteraman Awam Selepas Insiden Bakar Quran

STOCKHOLM, Sweden: Kerajaan Sweden akan menyemak semula Akta Ketenteraman Awam sebagai tindak balas kepada siri serangan berulang terhadap al-Quran, menurut media.

(Ada rancangan nak melancong…atau ada kawan-kawan dan keluarga nak berbuat demikian…..cek ni kejap….klik sini)

Perdana Menteri Ulf Kristersson bersama pemimpin gabungan kerajaan, Ebba Busch dari Parti Demokrat Kristian dan Johan Pehrson dari Parti Liberal telah bersama-sama menulis artikel yang diterbitkan dalam akhbar Dagens Nyhete.

Ia menekankan keperluan mengatasi isu berkenaan dengan segera selain berkongsi komitmen mereka untuk menyemak undang-undang sedia ada tanpa membuat perubahan kepada Perlembagaan.

“Mereka menekankan kepentingan polis mengambil kira keselamatan negara sambil mempertimbangkan permohonan untuk perhimpunan dan demonstrasi,” lapor Agensi Anadolu.


“Kerajaan akan menyiasat cara-cara untuk mengubah peraturan dan mencegah serangan terhadap kitab suci umat Islam,” menurut laporan itu lagi.

Beberapa bulan kebelakangan ini telah menyaksikan perbuatan membakar dan mencemarkan al-Quran berulang kali oleh tokoh atau kumpulan Islamofobia, terutamanya di negara Eropah utara dan Nordik.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori