Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

4 Mayat Ditemui Rentung...

IPOH - Empat mayat ditemui rentung dalam sebuah kereta yang kereta itu dipercayai...

Saintis Bantu Tangani Kempen...

KUALA LUMPUR : Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi sedang bekerjasama dengan badan pemikir...

Lawatan Kerja Ke India...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan lawatan kerjanya...

Wanita Muslim Dihalau Di...

SEORANG ibu muda beragama Islam telah dihalau daripada bercanda di sebuah pantai awam...

Terengganu Mahu Kurang Bergantung Royalti Petroleum

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu yang baru dibentuk akan memberi fokus kepada usaha menambah hasil pendapatan negeri bagi mengurangkan kebergantungan terhadap royalti petroleum.

(Ada rancangan nak melancong…atau ada kawan-kawan dan keluarga nak berbuat demikian…..cek ni kejap….klik sini)

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, antara tumpuan utamanya adalah mewujudkan lebih banyak kawasan perindustrian baharu seiring kewujudan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) pada tahun 2027.

Beliau berkata, pembangunan pusat perindustrian baharu tersebut terutama di utara Terengganu secara tidak langsung dapat merancakkan lagi perkhidmatan kargo sekali gus mengubah wajah pembangunan ekonomi di Setiu dan Besut.

“Kita kena bergerak sekarang kerana jika baru kita hendak buat kawasan industri apabila ECRL sudah beroperasi dalam masa tiga tahun nanti, ia telah terlambat.

“Seluruh jentera telah bergerak ke arah mewujudkan kawasan industri baharu untuk mengambil manfaat daripada kewujudan ECRL terutama di kawasan kurang diberi fokus sebelum ini seperti Besut dan Setiu,” katanya di Wisma Darul Iman di sini hari ini.


Ahmad Samsuri berkata, kerajaan negeri Terengganu telah mengadakan perbincangan dengan beberapa syarikat dan Kedutaan Korea Selatan berhubung peluang pelaburan industri hidrogen di negeri ini.

Jelas beliau, kerajaan negeri Terengganu juga menjangka akan memperolehi hasil sebanyak RM100 juta setahun setelah menggubal Enakmen Sumber Air Terengganu (ESAT) pada tahun 2020.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Samsuri berkata, kerajaan negeri Terengganu juga akan melakukan penilaian semula terhadap kadar cukai cukai bahan-bahan galian dan mineral yang kini sudah berusia hampir 20 tahun.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori