Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

BN Minat Bertanding PRK...

KOTA KINABALU: UMNO Sabah berhasrat meletak calon mewakili Barisan Nasional (BN) di kerusi...

Pelayan Restoran Lesap RM94,450...

TELUK INTAN: Seorang pelayan restoran berputih mata apabila wang berjumlah RM94,450 lesap selepas...

Kementerian Pertingkat Program Pertanian...

BUKIT MERTAJAM - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mempergiatkan usaha menggalakkan...

Universiti Arah Pelajar Wanita...

LUSAKA - Sebuah universiti terkemuka di Zambia, meminta pelajar perempuan tidak kunjungi perpustakaan...

Terusan Panama Sesak Susulan Kemarau, 126 Kapal Kargo Tersekat

MEXICO CITY – Pihak Berkuasa Terusan Panama (ACP) pada Jumaat berkata masa menunggu untuk transit melalui terusan itu kini dianggarkan sembilan hingga 11 hari susulan gangguan akibat kemarau berpanjangan.

(Ada rancangan nak melancong…atau ada kawan-kawan dan keluarga nak berbuat demikian…..cek ni kejap….klik sini)

Pengendali terusan itu mengehadkan laluan kapal ekoran paras air surut, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Di kedua-dua belah laluan utama perkapalan itu, 126 kapal kargo menunggu untuk dibenarkan masuk, menyebabkan tunggakan kira-kira 40 peratus lebih berbanding keadaan biasa.

Menurut statistik ACP, masa transit pada Jun kira-kira dua setengah hari dan meningkat kepada lima hari pada Julai. Kini, beberapa kapal kargo mungkin terpaksa menunggu sehingga 18 hari untuk melaluinya.

Terusan Panama adalah laluan air paling penting di dunia yang menghubungkan lautan Atlantik dan Pasifik dengan merentasi Amerika Tengah.


Terusan sepanjang kira-kira 80 kilometer itu bermula di Colon di utara dan berakhir berhampiran Panama City di selatan.

Kira-kira 14,000 kapal menggunakan Terusan Panama setiap tahun yang menyumbang kira-kira enam peratus daripada perdagangan dunia.

Laluan air itu mempunyai tiga sistem kunci dengan kapal dinaikkan ke paras Tasik Gatun, takungan buatan besar 28 meter di atas paras laut dan kemudian diturunkan semula.

Jika berlaku kekurangan hujan di rantau ini dan suhu meningkat, menyebabkan paras air Tasik Gatun surut, sekali gus menjejaskan pergerakan kapal.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori