Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Jaga Ditemukan Mati Di...

KEMAMAN - Seorang pengawal keselamatan dijumpai mati di dalam sebuah kereta di tapak...

Lelaki OKU Malaysia Jalani...

SINGAPURA : Negara ini sedang bersiap sedia melaksanakan hukuman mati terhadap seorang lelaki...

Atlet Terjun Wendy Ng...

KUALA LUMPUR – Teka-teki mengenai atlet terjun yang gagal ujian doping ketika Temasya...

Hafiz Hamidun Rancang Bulan...

SERONOKNYA jadi pasangan Hafiz Hamidun dan Joy Revfa! Bakal pengantin yang akan diijabkabulkan pada...

Tipu Jual 21 Nombor Pendaftaran ‘Fancy’ Tidak Wujud

SEGAMAT: Seorang lelaki ditahan kerana memperdaya mangsa sehingga mengalami kerugian mencecah RM210,000 dengan menawarkan 21 nombor pendaftaran ‘fancy’ yang tidak wujud.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Menurut Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Ahmad Zamry Marinsah, pihaknya mengesan kegiatan suspek yang berusia 29 tahun tersebut sebelum sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Segamat menahannya di sekitar bandar ini kira-kira pukul 12.30 tengah hari semalam.

“Difahamkan, suspek telah melakukan penipuan tersebut sejak Mei 2022 di bandar ini dan sudah berjaya memperdaya seorang mangsa dengan nilai kerugian keseluruhan RM210,000.

“Suspek bertemu mangsa sebelum mendakwa kononnya hanya mengenakan bayaran amat rendah sekiranya mahu mendapatkan nombor dua angka atau berkembar. Hasil siasatan awal mendapati mangsa yang juga kenalannya telah ditawarkan 21 pelbagai nombor pendaftaran ‘fancy’ yang tidak wujud.

“Mangsa yang berminat kemudiannya memasukkan wang secara berperingkat ke akaun bank suspek sejak Mei 2022 kerana mahukan nombor pendaftaran ‘fancy’ tersebut,” katanya ditemui di IPD Segamat hari ini.


Ahmad Zamry berkata, mangsa telah membuat laporan polis pada pertengahan Julai lalu setelah menyedari kerugian RM210,000.

“Hasil serbuan, pihak polis berjaya menahan suspek yang juga peniaga motosikal serta merampas pelbagai dokumen transaksi pembayaran bank mengandungi maklumat mangsa.

“Mangsa adalah peniaga barangan plastik dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti individu lain yang mungkin turut menjadi mangsa,” katanya sambil memberitahu suspek kini direman empat hari bermula hari ini dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori