SUNGAI PETANI: Keluarga seorang mangsa nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam, Allahyarham Muhamad Hafiz Muhamad Saleh, 32, memohon rakyat Malaysia berhenti menyebarkan gambar dan video kejadian itu di media sosial.
(Ada rancangan nak melancong…atau ada kawan-kawan dan keluarga nak berbuat demikian…..cek ni kejap….klik sini)
Adik Allahyarham, Noorhidayah Muhamad Saleh, 30, berharap semua pihak dapat memahami dan menghormati perasaan mereka sekeluarga yang kehilangan abang sulung dalam sekelip mata.
“Saya nak minta tolong jasa baik rakyat Malaysia yang masih menyebarkan gambar video abang saya. Tolonglah padam dan hentikan sebar, kita tak tahu yang Allah nak jemput dia dengan cara macam tu.
“Minta jaga perasaan keluarga sebab kami sebenarnya masih terkejut sebab dia abang sulung (tetapi) seluruh rakyat Malaysia yang tak henti-henti mendoakan abang saya, saya ucap terima kasih banyak. Semoga Allah membalas jasa baik kalian,” katanya.
Noorhidayah yang ditemui selepas selesai pengebumian jenazah Muhamad Hafiz di tanah perkuburan Islam Masjid Al-Huda Kampung Jerong, di sini, petang tadi.
Penghantar makanan itu adalah jenazah pertama dikenal pasti identiti melalui ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
Jenazah dimandi dan dikafankan oleh petugas Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Masjid Jamek Ar-Rahimiah berdekatan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) sebelum dituntut oleh bapanya, Muhamad Salleh Othman, 57, pada jam 9.30 pagi.
BHonline-