WASHINGTON: Firma Virgin Galactic berjaya menghantar penumpang pertama ke angkasa, sekali gus menamatkan penantian misi selama hampir dua dekad.
(Ada rancangan nak melancong…atau ada kawan-kawan dan keluarga nak berbuat demikian…..cek ni kejap….klik sini)
Penerbangan pelancongan dipanggil Misi Galactic 02 itu menghantar enam krew termasuk tiga pelancong ke orbit menaiki pesawat angkasa VSS Unity.
Antara tiga penumpang itu termasuk bekas pemain Olimpik Britain berusia 80 tahun, Jon Goodwin yang sudah membayar AS$250,000 (RM1.5 juta) untuk tiket ke angkasa lepas itu sejak tahun 2005.
Selain itu Keisha Schahaff, 46 dan anak perempuannya, Anastatia Mayers, 18, juga akan menghabiskan beberapa minit menyaksikan panorama dari angkasa.
“Mereka secara rasmi adalah angkasawan. Selamat datang ke angkasa lepas,” kata juruhebah Virgin Galactic, Sirisha Bandla ketika kapal angkasa itu berada di ketinggian melebihi 80 kilometer di mana tarikan graviti adalah minimum.
Rakaman video yang disiarkan secara langsung turut menunjukkan tiga penumpang berkenaan menikmati pemandangan bumi dan angkasa melalui tingkap.
Penerbangan itu dilaporkan berlepas sekitar pukul 3.40 petang waktu tempatan dari New Mexico, Amerika Syarikat (AS) dan selamat mendarat di lokasi sama dengan masa perjalanan selama 90 minit.
Misi berkenaan merealisasikan janji jutawan Britian yang juga pengasas Virgin Galactic, Richard Branson untuk membawa pelancong ke angkasa dan memberi mereka peluang ‘terapung’ sambil melihat bumi.
UtusanOnline-