TANGKAK: Seorang lelaki warga emas berusia 81 tahun ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Sungai Bilah, Bukit Gambir, dekat sini pagi tadi.
(Ada rancangan nak melancong…atau ada kawan-kawan dan keluarga nak berbuat demikian…..cek ni kejap….klik sini)
Menurut Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangkak, Penolong Penguasa Bomba Rafiah Aziz, pihaknya menerima panggilan tentang kejadian tersebut pada pukul 6.16 pagi dan seramai 11 anggota dengan sebuah jentera dan satu utiliti dri BBP Tangkak dan Bukit Gambir dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Dalam kejadian ini, seorang warga emas lelaki berusia 81 tahun rentung dan mayatnya ditemukan di bahagian dapur. Kebakaran dapat dikawal kira-kira 40 minit kemudian,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.
Rafiah berkata, punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd.Taib berkata, kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
“Mangsa masih bujang dan menetap berseorangan ketika kejadian.
“Pihak polis menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian berkenaan untuk menyalurkan informasi kepada pihak polis bagi membantu siasatan,” katanya.
UtusanOnline-