Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Dewan: Sebanyak RM5.6 Juta...

KUANTAN - Sebanyak RM5.6 juta nilai kompaun telah dikeluarkan oleh pelbagai agensi penguatkuasaan...

Anak Lelaki Ahmad Hakimi...

Tak siapa menduga anak kecil berusia sembilan bulan ini akan kehilangan bapanya dalam...

Jangan Pinggirkan Bahasa Melayu...

CANBERRA - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata bahasa Melayu mempunyai tempat sebagai bahasa...

Ringgit Teruskan Aliran Menurun...

KUALA LUMPUR – Ringgit meneruskan aliran menurun berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada...

Ajal Ketika Cari Kayu Tiang Bendera Untuk Hari Malaysia

KUCHING : Lelaki yang dilaporkan hilang ketika mencari kayu di hutan berdekatan Jalan Airport, Tanjung Manis dalam Bahagian Mukah, semalam ditemui meninggal dunia, hari ini.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Difahamkan mangsa, Affendi Morsidi, 55, mencari kayu itu untuk dijadikan tiang pancang bendera bagi memeriahkan sambutan Hari Malaysia.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Henderi Ardimansyah, berkata mangsa ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira satu kilometer dari jalan utama pada jam 11.40 pagi tadi.

Katanya, pasukan SAR mengangkat mangsa ke pusat kawalan bomba (PKB) dan pegawai perubatan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

“Operasi SAR hari kedua hari ini bermula jam 8.45 pagi dengan radius pencarian dalam jarak satu kilometer dari PKB.

“Sejurus mangsa disahkan sudah meninggal dunia, mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kehilangan Affendi disedari keluarganya apabila dia tidak balik ke rumah petang semalam.


Mangsa dikatakan keluar rumah dengan menunggang motosikal kira-kira jam 11 pagi semalam untuk pergi ke kawasan hutan di tepi jalan itu.

Keluarganya yang mencarinya hanya menemui motosikal mangsa berada di tepi jalan berdekatan hutan itu.

Bimbang kejadian buruk berlaku, keluarganya membuat laporan di Balai Polis Tanjung Manis pada jam 6.50 petang semalam.

Berikutan itu gerakan SAR diaktifkan pada jam 7.06 malam, namun ditangguhkan pada jam 9.22 malam selepas lelaki itu gagal ditemui.

Gerakan SAR membabitkan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Manis, 11 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta 30 penduduk kampung.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori