Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

UMNO Bersikap Terbuka Jalin...

KUALA LUMPUR - UMNO bersikap terbuka untuk menjalin kerjasama politik atau tahaluf siyasi...

Kerajaan Sudah Bincang Isu...

KUALA LUMPUR - Kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia dan Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen)...

Asap Berkepul-Kepul, Hutan Batu...

KAWASAN hutan di Batu Caves, Selangor dilaporkan terbakar pagi Jumaat melibatkan bukit batu kapur...

Juru Pam Didakwa Salah...

ALOR SETAR - Seorang juru pam stesen minyak hari ini didakwa di Mahkamah...

Amanah Buat Laporan Polis, Dakwa Kepimpinan PN Main Isu 3R

JOHOR BAHRU: Parti Amanah Negara (Amanah) mahu pihak berkuasa mengambil tindakan tegas dan segera terhadap mana-mana pihak yang memainkan isu sensitif demi meraih sokongan politik.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Ketua Pemuda Amanah, Senator Mohd. Hasbie Muda berkata, kenyataan dibuat Leftenan Kolonel (B) Mohd. Nazari Mokhtar, iaitu bekas calon Perikatan Nasional (PN) di Parlimen Tenggara pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu adalah palsu dan berunsur fitnah boleh menggugat keharmonian kaum dan agama di negara ini.

“Menurut Nazari, kononnya DAP akan menguasai negara ini sekiranya Pakatan Harapan (PH) berjaya memenangi PRK (Pilihan Raya Kecil) Parlimen Pulai untuk mencukupkan jumlah kerusi majoriti dua pertiga.

“Dia mendakwa, persempadanan semula akan dibuat bagi membolehkan DAP menguasai antara 80 hingga 120 kerusi Parlimen, bila itu berlaku mudah untuk parti itu membuangnya raja-raja Melayu, tukar perlembagaan dan wujudkan sistem presiden.

“Kenyataan seperti ini berbahaya kerana bukannya datang daripada individu biasa, sebaliknya pimpinan Pas kawasan, selain latar belakang sebagai bekas pegawai tentera,” katanya selepas membuat laporan di Balai Polis Tampoi, di sini hari ini.

Justeru, Mohd. Hasbie berharap tindakan segera dapat diambil agar tiada lagi mana-mana pihak membuatkan kenyataan sedemikian pada masa depan.


“Kita harap polis ambil tindakan tegas, pemikiran seperti itu amat berbahaya dan dibimbangi akan ada orang yang percaya dan terpengaruh dengan ancaman palsu tersebut sehingga mewujudkan panik dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Perundangan Jentera PRK PH Parlimen Pulai, Fadhli Umar Aminolhuda berkata, kenyataan tersebut membuktikan bahawa PN masih lagi menggunakan isu-isu 3R (agama, kaum, raja) sebagai modal kempen politik mereka.

“Laporan polis ini perlu dibuat, kononnya apabila PH menang kuasa raja-raja Melayu akan tergugat, itu semua tidak benar. Malah, saban hari kepimpinan DAP turut menjunjung kasih mengadap sultan-sultan.

“Jika dakwaan dan ancaman seperti itu benar, mana mungkin raja-raja Melayu akan terima mengadap mereka,” jelasnya.

Baru-baru ini, Mohd. Nazari dalam satu kenyataan dalam laman Facebook miliknya mendakwa Ahli Parlimen DAP mampu menguasai dua pertiga Parlimen walau tanpa kerusi Melayu sekiranya persempadanan semula dibuat dan ketika itu kuasa serta jawatan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja akan terhapus, digantikan dengan jawatan Presiden, sekali gus menjadikan Malaysia sebuah negara republik.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori