Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

75 MP Pembangkang Desak...

KUALA LUMPUR: Seramai 75 Ahli Parlimen pembangkang hari ini mendesak Jabatan Peguam Negara...

Saifuddin Minta Maaf Marzuki...

KUALA LUMPUR - Menteri Luar, Saifuddin Abdullah hari ini tampil membuat penjelasan berhubung...

Budak 5 tahun Maut...

ISKANDAR PUTERI - Seorang kanak-kanak warga Bahrain ditemui mati dalam keadaan terlentang dipercayai...

Kaji Semua Keberkesanan Pemberian...

SEBAGAIMANA lazim pada Oktober, pembentangan belanjawan tahunan negara di Dewan Rakyat dinanti-nantikan rakyat....

Empat Misi Pacu Transformasi NIMP 2030

KUALA LUMPUR : Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merumuskan empat misi untuk memacu transformasi industri negara pada skala besar menjelang tahun 2030.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Perdana Menteri berkata, misi pertama adalah untuk memajukan ekonomi dengan industri akan digalakkan berinovasi dan menghasilkan produk lebih canggih, sekali gus meningkatkan daya saing negara di pasaran global.

Katanya, misi kedua adalah untuk membina sebuah negara berdaya maju dalam teknologi, bagi memacu inovasi, meningkatkan produktiviti serta mencipta peluang baru untuk pertumbuhan ekonomi.

Beliau berkata, misi ketiga untuk mencapai pelepasan sifar bersih. Misi ini menekankan komitmen kami untuk menangani perubahan iklim dengan berusaha untuk masa depan sifar bersih.

“Melalui amalan mampan dan inisiatif hijau, kami menyasarkan mengurangkan pelepasan karbon dan membina ekonomi berdaya tahan dan mesra alam. Misi ini sejajar inisiatif Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR) saya lancarkan baru-baru ini.

“Misi keempat NIMP adalah untuk menjaga keselamatan dan keterangkuman ekonomi. Ia bertujuan mewujudkan persekitaran yang membolehkan jaminan kepada keselamatan rantaian bekalan, menyokong perusahaan kecil sederhana (PKS) dan menggalakkan penyertaan saksama dalam aktiviti ekonomi di semua negeri, katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan NIMP 2030 di sini, hari ini.

Hadir sama pada majlis itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Seri Tengku Zafrul Abd. Aziz dan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Menurut Perdana Menteri, NIMP 2030 dijangka meningkatkan nilai tambah dalam sektor pembuatqn mencecah RM587.5 bilion menjelang 2030.

Jelasnya, jumlah itu dijangka berkembang sehingga 6.5 peratus daripada yang diperoleh negara hari ini.

“Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 61 peratus yang diperolehi oleh intervensi NIMP 2030 untuk sektor berimpak tinggi elektrikal dan elektronik (E&E), Kimia, EV, Aeroangkasa, Farmaseutikal dan Bahan Termaju, seperti Mineral dan Logam,” katanya.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori