Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Polis Ambil Tindakan Sebar...

KUALA LUMPUR - Individu yang menyebarkan kenyataan mengelirukan mengenai suntikan vaksin COVID-19 boleh...

Covid-19: 6,000 Maut Dalam...

ANGKA korban akibat Covid-19 di seluruh dunia terus meningkat sebanyak 6,000 kes dalam...

Amirudin Belum Terima Surat...

SETIA ALAM - Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Selangor, Amirudin Shari, berkata beliau masih...

Siti, Datuk K Bakal...

INI berita yang gembira buat peminat industri hiburan kerana penyanyi no.1 negara Datuk...

Gempa Bumi: Sepanyol Tawar Hantar Pasukan Penyelamat Ke Maghribi

MADRID : Sepanyol menawarkan bantuan untuk menghantar anggota pasukan penyelamat ke Maghribi berikutan gempa bumi yang mengorbankan lebih 800 orang, kata Menteri Luar, Jose Manuel Albares pada hari Sabtu.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

“Sepanyol menawarkan bantuan kepada Maghribi, jika difikirkan perlu, kedua-dua kapasiti menyelamat yang pada saat ini adalah yang paling penting serta kapasiti pembinaan semulanya sebaik sahaja detik ini berlalu.

“Apa yang penting sekarang ialah menyelamatkan mangsa,” katanya kepada pemberita pada sidang kemuncak G20 di India.

Jose Manuel berkata, Unit Kecemasan Ketenteraan Sepanyol (UME), serta agensi bantuan dan kedutaannya cuba meredakan keadaan itu dengan membantu menyelamatkan seramai mungkin orang.


UME ialah badan angkatan tentera yang diwujudkan untuk campur tangan dengan cepat dalam situasi kecemasan seperti kebakaran hutan, banjir dan gempa bumi.

Unit UME dihantar ke Turkiye pada Februari lalu berikutan gempa bumi yang dahsyat dan membantu menyelamatkan enam orang, termasuk seorang ibu dan dua anak, menurut kementerian pertahanan Sepanyol.

Gempa bumi 6 Februari di Turkiye dan negara jiran yang dilanda perang Syria mengorbankan lebih 55,000 orang.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori