Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

APMM Lumpuhkan Kegiatan Nelayan...

KEMAMAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya melumpuhkan aktiviti menangkap ikan menggunakan...

Penduduk Bantah Lori Bauksit...

KUANTAN - Kira-kira 150 penduduk di Taman Balok Baru di sini mengadakan demonstrasi...

Mahathir Jumpa 26 Ahli...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr. Mahathir Mohamad...

KRT Digalak Anjur Program...

KOTA BAHARU - Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) menyarankan Kawasan Rukun...

Hamilton Kekal Bersama Mercedes Sehingga 2025

MONZA : Juara Formula Satu (F1) dunia tujuh kali, Lewis Hamilton menamatkan teka-teki mengenai masa depannya apabila memperbaharui kontrak dengan pasukan Mercedes sehingga 2024.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Silver Arrows ketika mengumumkan perkara itu semalam turut mengesahkan, Hamilton akan kekal bergandingan dengan rakan senegaranya dari Britain, George Russell.

Perjanjian baharu tersebut dijangka membolehkan pemandu berusia 38 tahun itu menikmati 50 juta pound (RM294 juta) setahun.

Pengumuman yang dibuat menjelang Grand Prix Itali hujung minggu ini menamatkan spekulasi mengenai masa depan yang selama ini membelenggu Hamilton.

The Team is delighted to announce that Lewis and George will continue to lead its driver line-up in 2024 and 2025. 💪 pic.twitter.com/MSdlhUrOX7

— Mercedes-AMG PETRONAS F1 Team (@MercedesAMGF1) August 31, 2023


“Setiap hari kami mengimpikan untuk menjadi yang terbaik dan kami telah mendedikasikan sedekad lalu bersama-sama untuk mencapai matlamat itu.

“Berada di tempat teratas tidak berlaku dalam sekelip mata atau dalam tempoh yang singkat, ia memerlukan komitmen, kerja keras dan dedikasi dan merupakan satu penghormatan untuk masuk ke dalam buku sejarah bersama pasukan yang luar biasa ini.

“Kami sentiasa dahagakan kejayaan. Kami bukan sahaja belajar daripada kejayaan tetapi juga setiap kemunduran… kami terus berjuang tidak kira cabaran dan kami akan menang sekali lagi.

“Saya berterima kasih kepada pasukan yang menyokong saya di dalam dan luar trek. Kisah kami belum selesai, kami berazam untuk mencapai lebih banyak lagi bersama dan kami tidak akan berhenti sehingga kami melakukannya,” kata Hamilton.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori