Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Soal Lanjutan Moratorium Belum...

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini bahawa lanjutan moratorium selepas tamat...

Pemuda UMNO Kecam ‘Mulut...

KUALA LUMPUR - Susulan kenyataan biadap Duta Korea Utara, Kang Chol terhadap Malaysia...

Hanya Waris Sah Boleh...

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini...

Tommy Page Meninggal Dunia...

PENYANYI dan penulis lagu yang yang popular dengan lagu “I’ll Be Your Everything" pada...

Isu Beras: Peluasan Kuasa Kepada KPDN Jika Keadaan Meruncing

SHAH ALAM – Hasrat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang mahu mendapatkan peluasan kuasa dalam penguatkuasaan isu bekalan beras perlu dibawa ke peringkat perbincangan yang seterusnya termasuk melibatkan pihak berkuasa berkaitan.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu bagaimanapun berpendapat tiada keperluan untuk melaksanakannya buat masa ini dan perkara itu hanya sesuai diadakan sekiranya bekalan barangan makanan berkenaan berada pada tahap meruncing.

“Kalau sampai ke peringkat meruncing barangkali kita akan libatkan juga Polis Diraja Malaysia (PDRM). Namun, ketika ini belum sampai meruncing.

“Tapi insya-ALLAH, apabila berlaku tuaian padi di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) yang sekarang ini telah lebih 20 peratus, kita jangka bekalan beras tempatan akan berada dalam pasaran dengan sebaiknya,” katanya kepada media selepas melakukan lawatan kerja bagi pelan intervensi pengedaran beras putih tempatan (BPT) di sebuah kedai runcit di Jalan Kebun Seksyen 30 pada Khamis.

Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali sebelum ini dilaporkan berkata, beliau berharap Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dapat menimbangkan supaya penguat kuasa KPDN diberikan perluasan kuasa berhubung isu bekalan beras itu.

Dalam pada itu, Mohamad meminta orang awam untuk tampil sekiranya terdapat bukti beras tempatan disorok atau kampitnya ditukar kepada beras import untuk pihak berkuasa mengambil tindakan.


“Setakat ini hanya cakap-cakap, tiada bukti mengatakan kononnya ada tukar kampit dan sebagainya. Kalau tuan-tuan ada bukti sila beritahu, setakat ini hanya khabar angin yang kita tidak temui sebarang bukti secara rasmi,” katanya.

Mengulas kekecohan yang berlaku di Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan Bagan Datoh, Perak semalam, Mohamad berkata, kementeriannya akan mengadakan perbincangan segera bersama pengilang dan pemborong untuk menambah stok BPT ke cawangan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) bagi mengelak kejadian berulang.

Katanya, kekecohan terjadi ekoran stok yang sampai di dua lokasi itu tidak mencukupi dan menyebabkan beberapa pelanggan tidak berpuas hati kerana menunggu lama.

Mohamad juga mengarahkan bekalan BPT segera dihantar ke semua pasar raya supaya orang ramai tidak hanya tertumpu kepada cawangan FAMA dan LPP, selain menasihati orang ramai untuk tidak membuat pembelian panik dan menyimpan stok bagi mengelakkan gangguan bekalan.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori