Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pesawat Terhempas Tragedi Kedua...

Kuala Lumpur : Nahas pesawat terhempas dekat kawasan perumahan Elmina di Seksyen U16,...

Syed Saddiq Mengeluh Cara...

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman...

Bank Rakyat Nafi Biaya...

KUALA LUMPUR - Bank Rakyat tidak mempunyai sebarang kaitan dengan promosi pembiayaan untuk...

Selamba Berswafoto Depan Wanita...

TINDAKAN seorang lelaki yang selamba berswafoto berlatarbelakang seorang wanita yang dirempuh oleh keretapi...

Ketua UMNO Bentong Nafi Taja Calon Bebas

PRK PELANGAI | Pemangku Ketua Umno Bentong, Mohamad Zaini Salleh, mendakwa dia tidak pernah menaja calon Haslihelmy DM Zulhasli untuk bertanding sebagai calon bebas.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Katanya, tidak benar apabila Haslihelmy membuat dakwaan kecewa apabila dia tidak dicalonkan oleh pemimpin parti dalam PRK berkenaan.

“Kononnya saya patut jadi calon BN.

“Perkara itu tidak betul, ia satu fitnah yang berniat jahat dan menjejaskan reputasi saya sebagai pemangku ketua bahagian.

“Itu keputusan peribadi dia, tidak ada kaitan dengan saya dan saya tidak menaja dia untuk masuk (bertanding) dalam PRK,” katanya katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam Haslihelmy yang sebelum ini menjadi ahli Umno mendakwa dia membuat keputusan untuk bertanding sebagai calon bebas apabila BN mempertaruhkan Amizar.


Katanya, Amizar bukan anak jati Pelangai dan tidak sepatutnya diangkat sebagai calon BN bagi PRK DUN Pelangai.

Mohamad Zaini turut menegaskan dia tidak pernah berhubung atau berbincang dengan bekas ahli Umno Cawangan Kampung Sum-sum di Janda Baik itu.

Katanya, keputusan Haslihelmy untuk bertanding adalah bersifat peribadi semata-mata.

“Saya tak pernah dihubungi oleh dia untuk berbincang mengenai tindakan menjadi calon bebas. Itu keputusan peribadi dia,” katanya.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori