Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Tanah Runtuh: Bomba Bantu...

KUALA LUMPUR - Anggota bomba membantu pelancong melalui laluan pejalan kaki yang baru...

Hunny Madu Bakal Timang...

PENYANYI dan pengacara radio popular, Hunny Madu, 33, mengakui sedang berbadan dua. Bagaimanapun, katanya,...

Angka Terkini Kematian COVID-19...

PARIS - Seramai 204,696 orang meninggal dunia di seluruh dunia disebabkan COVID-19, sejak...

Anak-Anak Tomok Muncul Dengan...

RASANYA sekarang ini nama Yusuf Iskandar, Lara Alana dan Aaisyah Dhia Rana sering...

Khianat Tuang Minyak Atas Jalan, Laluan IOI Ke Presint 15, Putrajaya Licin

PUTRAJAYA – Orang ramai yang melalui laluan dari pusat beli-belah IOI City Mall menuju ke Presint 15 dan 16, di sini, dinasihatkan untuk terus berhati-hati selepas jalan raya di kawasan berkenaan dilaporkan licin, ekoran ditumpahi minyak.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Difahamkan, tindakan itu dilakukan oleh individu tidak bertanggungjawab yang sengaja menuang minyak di atas jalan berkenaan.

Menerusi perkongsian di satu kumpulan WhatsApp perumahan, laluan menuju ke Presint 15 dari IOI City Mall itu disifatkan menjadi kawasan kemalangan selepas beberapa kenderaan terjejas akibat tumpahan minyak berkenaan.

Melalui video dikongsikan, terdapat sebuah bekas berisi minyak dijumpai di tepi laluan berkenaan selain beberapa kenderaan termasuk penunggang motosikal turut menjadi mangsa.


Video kemalangan membabitkan penunggang motosikal itu turut dirakamkan secara langsung ketika seorang pengguna media sosial ingin berkongsikan mengenai tumpahan itu.

“Mohon berhati-hati di sekitar laluan menghala ke Presint 16 di sekolah pertama, jaga-jaga ‘cornering’ di situ.

“Atas jalan ada minyak, ada orang tuang di atasnya,” maklum Group Rumah Hassan tadi.

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori