Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Walaupun Hilang, Jamal Tanding...

KUALA LUMPUR – Biarpun gagal dikesan pihak polis sejak sembilan hari lalu, Datuk...

“Birthday Saya, Suami Hadiahkan...

KEJUTAN berupa hadiah untuk isteri daripada suami contohnya, mampu mempereratkan lagi hubungan dan...

Tom Yam Thai Yang...

Bahan Pes Tom Yam:7 ulas bawang merah 1/2 biji bawang besar 3 biji cili merah 10...

Terkejut Kawalan Ketat Punca...

PUTRAJAYA : Aktiviti kawalan penguatkuasaan yang amat ketat dikenal pasti menjadi antara punca...

PAC Panggil Bung Moktar Dan Tajuddin Isu FELCRA Berhad, Isnin Ini

KUALA LUMPUR : Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan memanggil dua bekas Pengerusi FELCRA Berhad iaitu Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Datuk Bung Moktar Radin, Isnin ini bagi prosiding berhubung Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) membabitkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Pengerusinya, Datuk Seri Mas Ermieyati Samsudin, berkata kedua-dua pemimpin itu perlu memberikan penjelasan dan keterangan berhubung isu FELCRA Berhad yang dilaporkan dalam LKAN 2021 Siri 2: Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan.

“PAC sudah menjalankan tiga prosiding berhubung FELCRA Berhad iaitu pada 27 Jun, 6 Julai dan 23 Ogos lalu,” katanya.

Pada 27 Jun, PAC memanggil ketua Setiausaha (KSU) Perbendaharaan, KSU Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dan Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad bagi menjawab isu kedudukan kewangan FELCRA Berhad yang tidak dapat dirumuskan susulan penyata kewangan beraudit 2019, 2020 dan 2021 belum dimuktamadkan.

Semakan audit Jabatan Audit mendapati FELCRA mempunyai tunggakan hutang yang tidak mampu dibayar berjumlah RM312.22 juta pada tahun 2021 berbanding RM82 juta pada tahun 2020.


LKAN 2021 Siri 2, juga menyatakan berdasarkan surat pengesahan baki dan tunggakan pinjaman Kerajaan Persekutuan bertarikh 10 Januari 2022 daripada Jabatan Akauntan Negara Malaysia, baki pinjaman FELCRA dengan Kerajaan Persekutuan setakat 31 Disember 2021 ialah RM3.67 bilion.

Baki pinjaman ini, 69 peratus daripada keseluruhan liabiliti FELCRA yang berjumlah RM5.32 bilion dan berdasarkan maklum balas FELCRA, kerajaan melalui keputusan Dewan Rakyat pada 4 Ogos 2022 telah meluluskan sebahagian baki pinjaman berjumlah RM969.27 juta ditukarkan kepada ekuiti dalam FELCRA.

LKAN menjelaskan satu daripada enam indikator perspektif petunjuk prestasi utama (KPI) FELCRA tidak mencapai sasaran pada tahun 2021 iaitu indikator pengurangan kos dalam kos pentadbiran, ia disebabkan tambahan perbelanjaan bagi Program Tanggungjawab Sosial Korporat Rakyat berjumlah RM10 juta yang tidak dibajetkan pada awal tahun.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori