Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

DAP Bengang Bersih 5...

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Kit Siang bengang kerana ramai beranggapan perhimpunan...

Polis Tahan Dua Pemandu...

GEORGETOWN - Polis menahan dua lelaki dipercayai menjalankan aktiviti teksi sapu dalam operasi...

Hasrat FELDA Ambil Semula...

KUALA LUMPUR - Hasrat FELDA untuk mengambil semula 350,000 hektar tanah yang dipajak...

Video Gelek Jadi Kontroversi,...

SETELAH teruk dikecam dan dikritik, anak kepada pelakon Kaza Saisi iaitu Ira akhirnya...

Pekerja Kolam Udang Mati Ditikam

MANJUNG: Polis memburu seorang pekerja kolam udang warga Myanmar kerana disyaki membunuh rakan sekerjanya, kelmarin.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah, berkata mayat mangsa yang juga warga Myanmar berusia lingkungan 40-an ditemui dalam kolam tempat pembuangan sisa kotoran di Lumut, di sini dengan satu kesan tikaman di dada.

Menurutnya, motif pembunuhan disyaki berpunca daripada pergaduhan antara mangsa dan suspek yang mana kedua-duanya mabuk selepas minum minuman keras.

“Kejadian dilaporkan majikan mereka pada 2.19 petang kelmarin di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung.


“Mayat mangsa sudah dihantar ke Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk proses bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum mati,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian diminta berhubung dengan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Manjung, Asisten Superintenden Ashazarul Khairi Ab Hamid di talian 012-5077026 untuk membantu siasatan.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori