Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Kedudukan Exco PAS Di...

SHAH ALAM - Anggota exco daripada PAS masih kekal dalam kerajaan Selangor dan...

Demi Angelina Jolie, Wanita...

ADA orang yang terlalu obses untuk kelihatan secantik selebriti pujaan mereka sehingga sanggup...

DAP Tidak Bela Nasib...

MIRI - Kampung Api-Api adalah sebuah kawasan penemptan setinggan yang wujud di pinggir...

Rekreasi Berkuda Di Taman...

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengaktifkan semula perkhidmatan rekreasi...

Pengurusan Mahkamah Syariah Perlu Diperkasa, Ditambah Baik – Agong

BERA : Pengurusan Mahkamah Syariah termasuk kedudukan hakim dan peguam syarie perlu terus diperkasa dan ditambah baik bagi menambah kewibawaan sistem perundangan Islam di negara ini.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, Mahkamah Syariah perlu bijak menggunakan kuasa budi bicara dan sentiasa berlaku adil kepada semua pihak dalam membuat keputusan terutama dalam menyelesaikan kes kekeluargaan dan jenayah syariah.

“Hakim-hakim syarie, pegawai mahkamah dan peguam syarie turut juga bertanggungjawab secara kolektif dalam memastikan prosiding mahkamah berjalan lancar.

“Saya berharap agar lebih banyak usaha dilaksanakan dari masa ke semasa untuk memperkasakan institusi Mahkamah Syariah dan institusi Agama Islam yang lain,” titah seri paduka ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Mahkamah Syariah Bera di sini hari ini.

Al-Sultan Abdullah turut menyentuh tentang Mahkamah Syariah yang merupakan institusi menegakkan keadilan berlandaskan perundangan Islam selain keberkesanan konsep Sulh atau pendamaian yang telah berupaya menyelesaikan kes kekeluargaan.


“Sebanyak 85 peratus daripada kes Sulh yang didaftarkan di mahkamah di seluruh negara sejak 2019 hingga 2022 telah berjaya diselesaikan secara damai menerusi prosiding Sulh tanpa proses perbicaraan,” titah Seri Paduka Baginda.

Menyentuh tentang Mahkamah Syariah Bera yang siap dibina pada Jun 2016 dengan peruntukan RM6.5 juta, Seri Paduka Baginda bertitah, ia merupakan pengiktirafan kepada institusi Agama Islam dan bukti jelas kepada pembangunan syiar agama di Pahang.

“Majlis ini membawa pengertian yang bermakna kerana bangunan ini adalah merupakan mercu tanda kepada ketinggian institusi Mahkamah Syariah di negara ini. Saya percaya bangunan mahkamah di Bera ini bakal memainkan peranan besar dalam mentadbir undang-undang Islam khususnya di daerah ini,” titah baginda.

Sehubungan itu, Al-Sultan Abdullah menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Persekutuan dan negeri selain semua pihak yang terlibat dalam pembangunan Mahkamah Syariah itu.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori