Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

‘MN Terima Lebih 10,000...

SHAH ALAM - Badan bukan kerajaan (NGO), Muafakat Nasional (MN) yang dipengerusikan oleh...

Pesakit Covid-19 Maut Terjun...

KOTA KINABALU - Seorang wanita yang sebelum ini disahkan positif Covid-19 ditemui mati...

Penganggur Dipenjara, Cabul Kehormatan...

KUALA LUMPUR - Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara 18 bulan dengan satu sebatan...

Sweet Jer, David Beckham...

SELEBRITI sukan terkenal, David Beckham nampaknya sudah menemui hobi baharu iaitu menjahit! Dalam sekeping...

Perbarisan Terakhir Bersama Abah

SEREMBAN: Seorang anak tidak menyangka perbarisan lintas hormat sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 Peringkat Negeri Sembilan semalam merupakan perbarisan terakhirnya bersama bapa, Muhammad Noh Muhammad Isa, 53.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Ia selepas bapanya itu rebah ketika perbarisan itu dan disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) di sini.

Ahmad Harraz Muhammad Noh, 20, berkata, arwah bapanya tidak menunjukkan sebarang perubahan ataupun tanda kepenatan sebelum perbarisan malah begitu teruja mengetuai seramai 45 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) Negeri Sembilan pada perbarisan di Dataran Majlis Bandaraya Seremban itu.

Menurut pelajar semester dua, Ijazah Ekonomi Kewangan Islam, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu lagi, tahun ini juga merupakan tahun kedua dia bersama bapanya itu menyertai perbarisan dan latihan sudah diadakan lebih seminggu lalu.

“Saya berada di belakang abah dan memegang bendera di hujung perbarisan, tiba-tiba abah pitam. Kaki saya sudah melangkah ke depan sempat pegang sebelah badan abah, namun terlepas dan disambut anggota yang berbaris di belakang.

“Saya kemudian teruskan juga kerana perbarisan masih berlangsung, saya ingat dia pitam biasa. Apabila selesai saya segera mencari maklumat mengenai abah dan segera ke hospital, kemudian doktor maklumkan abah sudah tiada,” katanya.

Dia ditemui pemberita selepas menerima ziarah Pengarah Rela Negeri Sembilan, Penolong Pesuruhjaya (Rela), Muhammad Faiz Musa dan Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Negeri Sembilan, Nur Muhammad Bakhtir Mohamad Akhir di rumahnya di Jiboi di sini.


Jelas Ahmad Harraz lagi, bapanya itu merupakan pesara tentera dan begitu komited sebagai anggota Rela dan bersemangat untuk mengetuai perbarisan semalam.

“Abah sangat komited dalam tugas serta sering membantu ramai orang melalui peranannya dalam Rela.

“Disebabkan itu, saya dan kakak sulung, Qistina Amierah, 21, yang merupakan pelajar Politeknik Nilai, turut menjadi anggota Rela kerana semangat ayah. Kami bertugas pada musim cuti sahaja,” katanya.

Semalam, media melaporkan seorang anggota Rela terjatuh sebelum disahkan meninggal dunia ketika menyertai perbarisan lintas hormat sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2023 Peringkat Negeri Sembilan di Padang Majlis Bandaraya Seremban.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, proses bedah siasat telah dijalankan dan pihak hospital mengesahkan kematian mangsa disebabkan masalah jantung Coronary Artery Occlusion dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori