Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Konsert Khas Buat Pemuzik...

KUALA LUMPUR - Bagi memperingati legenda muzik rakyat Hungary, Zoltan Kodaly, satu konsert...

904 Pengembara Ke Malaysia...

SERAMAI 106,793 pengembara tiba di Malaysia sehingga semalam, dengan 904 daripadanya disahkan positif...

Banjir: Segera Hubungi TNB...

SHAH ALAM - Orang ramai dinasihatkan untuk segera menghubungi Tenaga Nasional Berhad (TNB)...

Tengku Adnan Mohon Maaf...

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari...

PRK: Keluar Mengundi, Jangan Jadi Macam Selangor – Amirudin

Johor Bahru : Pengundi di Parlimen Pulai diingatkan untuk mengambil pengajaran yang berlaku di Selangor apabila kehilangan majoriti dua pertiga berikutan peratusan keluar mengundi tidak cukup tinggi.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shaari berkata, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan lalu, Selangor merekodkan peratusan keluar mengundi 71 peratus.

“Angka ini menyebabkan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) kehilangan empat kerusi dengan majoriti yang sangat tipis seterusnya tidak mendapat dua pertiga setelah menang 34 daripada 56 kerusi dipertandingkan.

“Kerusi yang kalah dengan majoriti tipis di bawah 1,000 undi itu melibatkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Dengkil yang kalah dengan 400 undi, Taman Medan (30 undi), Gombak Setia (58 undi) dan Sungai Kandis (167 undi).

“Saya tahu ramai yang katakan ada peluang besar menang di Pulai, tetapi saya juga harap kita tidak terlalu selesa. Jika berpandangan seperti itu, akan jadi macam apa yang berlaku di Selangor,” katanya pada Ceramah Perpaduan Pulai di Bukit Indah, di sini, malam tadi.

Turut hadir, Veteran DAP Tan Sri Lim Kit Siang, Timbalan Setiausaha Agung DAP Liew Chin Tong, Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) Khalid Abdul Samad dan Timbalan Speaker DUN Johor Datuk Samsolbari Jamali.


Jelas Amirudin, pada PRN lalu, ramai berpandangan Selangor pasti menang dan apabila terlalu yakin, ramai yang tidak turun mengundi.

“Jika peratusan keluar mengundi naik sebanyak 0.5 peratus lagi, kita boleh menang empat kerusi ini dan sahkan majoriti dua pertiga dalam Dewan Negeri, tidak apalah perkara itu sudah lepas.

“Oleh itu, pengundi di Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram ingatkan rakan-rakan ini adalah untuk negara dan masa depan kita, pemulihan negara sedang dilakukan dan saya jamin Kerajaan Perpaduan kekal sampai habis penggal.

“Di Selangor lebih 60 peratus rakyat menyokong kerajaan Perpaduan dan menyekat berlakunya gelombang yang dicanang Perikatan Nasional (PN) dan perkara ini perlu diteruskan di Parlimen Pulai ini,” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori