Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pembayaran Bulan Pertama i-Sinar...

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) setakat ini sudah meluluskan 2.5...

Diperlekeh Kerja Restoran, Gadis...

SUDAH menjadi kebiasaan di kalangan penuntut institusi pengajian tinggi untuk melakukan pekerjaan sampingan...

Mangsa Banjir Di Pontian...

PONTIAN - Situasi banjir di daerah ini terus menunjukkan perkembangan baik apabila mangsa...

Mahfuz Tuduh Presiden PAS...

"PAS rupa-rupanya sekadar berhasrat menjadi ‘oportunis politik’, maka PAS dan Gagasan Sejahtera tidaklah...

Raymond Goh Kritikal, Rakan Penyampai Mohon Doa Orang Ramai

PETALING JAYA – Penyampai berita, Raymond Goh dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas diserang angin ahmar.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Goh atau nama Islamnya Mohd. Zaman Goh yang sering tampil di dalam slot Nightline terbitan TV3, dianggap sebagai pemberita bersuara ’emas’ dengan pengalaman lebih tiga dekad dalam dunia penyiaran.

Menerusi perkongsian bekas personaliti televisyen, Datuk Ras Adiba Radzi di Instagramnya semalam berkata, Goh kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Assunta, Petaling Jaya.

Beliau turut meminta orang ramai mendoakan kesembuhan buat sahabatnya itu.

“Saya pohon kawan-kawan semua untuk titipkan doa buat sahabat saya, pembaca berita Nightline TV3 iaitu Mohd. Zaman Goh atau Raymond Goh.

“Mohd. Zaman (Raymond) sedang kritikal di ICU kerana mengalami serangan angin ahmar,” tulisnya dalam satu hantaran.


Pada masa sama, Ras Adiba berkongsi pengalamannya menjadi penyampai berita bersama-sama Goh suatu ketika dahulu.

“Saya adalah pembaca berita generasi pertama bersama Raymond Goh serta pembaca-pembaca lain dan apa yang boleh saya kongsikan, dunia penyampaian berita pada ketika itu sangat berbeza.

“Beliau seangkatan dengan saya sejak awal penubuhan TV3. Kami berganding bahu menvampaikan berita ‘7 o’clock news’ dan kemudian Nightline.

“Moga Allah mengampun, merahmati dan mempermudahkan segalanya buat sahabat saya ini. Terima kasih kerana sudi mendoakan sahabat saya, Mohd. Zaman Goh atau Raymond Goh. Al Fatihah,” kongsinya.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori