Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Akui Diri Khunsa!!! –...

TAK dapat dinafikan, manusia yang dilahirkan sebagai Muslim sekali pun kadangkala tersasar dalam...

Tiada Unsur Penipuan Dalam...

Kementerian Belia dan Sukan mendapati tiada wujud unsur penipuan dalam keputusan pemilihan anggota...

Banjir Di Temerloh Beransur...

KUANTAN - Banjir di Temerloh beransur pulih dengan jumlah mangsa yang dipindahkan berkurangan...

Malaysia Komited Akhiri Wabak...

KUALA LUMPUR – Malaysia komited untuk mengakhiri wabak tuberkulosis (TB) menjelang tahun 2035,...

Sembilan Termasuk Warga Asing Didakwa Ceroboh Hutan Rimba Teloi

BALING : Sembilan individu termasuk lima warga asing didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan menceroboh Hutan Simpan Rimba Teloi di Sik pada 14 September lalu.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Semua tertuduh termasuk empat warga tempatan mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Najwa Che Mat.

Mengikut pertuduhan, Tho Wei Loon, 45; Chen Wei Ming, 45; Zarhabi Shaari, 61, dan Abdul Halim Nawang, 61, didakwa memasuki kawasan hutan tertutup iaitu Kompartment 35 Hutan Simpan Rimba Teloi tanpa memiliki permit memasuki hutan simpanan kekal pada jam 4.12 petang 14 September lalu.

Turut didakwa adalah warga China, Li Juemin, 49, dan empat warga Indonesia dikenali sebagai Aswadi, 43; Dedy Junaidi, 40; Muhamad Zaenuri, 31, dan Nasron, 51, melakukan kesalahan sama.

Mereka dituduh mengikut Sub Seksyen 47 (1) Akta Perhutanan Negara 1984 yang jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM10,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Halina Othman, manakala Wei Loon, Wei Ming dan Juemin diwakili peguam Tan Yi Bin. Abdul Halim diwakili peguam Hairul Azam Hassan dan Zarhabi diwakili peguam Amnach A/L Ee Niam.

Empat lagi tertuduh warga Indonesia tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM6,000 setiap seorang dikenakan ke atas Wei Loon, Wei Ming, Zarhabi, Abdul Halim dan Juemin berserta seorang penjamin.


Bagi Aswadi jaminan ditetapkan sebanyak RM7,000 dengan dua penjamin, manakala tiada jaminan ditawarkan kepada tiga lagi tertuduh iaitu Dedy, Muhamad Zaenuri dan Nasron.

Sementara itu, Wei Loon turut berhadapan tuduhan menggaji empat imigran haram warga Indonesia tanpa permit sah mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dijatuhkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya bagi setiap seorang pekerja yang diambilnya bekerja.

Dalam pada itu, Juemin pula turut dituduh melanggar Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 iaitu gagal mematuhi syarat Pas Lawatan (Sosial) dengan bekerja sebagai mengambil dan menguji sampel tanah di tempat tangkapan berkenaan.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM10,000 ke atas Wei Loon, manakala RM5,000 ke atas Juemin dengan masing-masing perlu mengemukakan seorang penjamin.

Hakim kemudian menetapkan 3 Disember depan sebagai tarikh untuk sebutan semula kes.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori