Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Sanjeevan Akan Pulangkan Kembali...

KUALA LUMPUR : Pengerusi Badan Bertindak Pemerhati Jenayah (MyWatch), R Sri Sanjeevan akan memulangkan balik Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran datuk.

‘Ada Syarat Jika Nak...

KOTA BHARU: Tiga peniaga yang didapati mengenakan pembelian bersyarat untuk minyak masak paket...

Dua Beranak Maut Dalam...

JOHOR BAHRU - Dua beranak maut apabila kereta dinaiki mereka melanggar sebuah kenderaan...

Gempa Bumi Lemah 4.0...

KUALA LUMPUR - Gempa bumi lemah berukuran 4.0 pada skala Richter berlaku di...

Siasat Bekas Peguam Negara Salah Guna Kuasa Fitnah Najib Kes IPIC

PEKAN: UMNO Bahagian Pekan membuat laporan polis meminta pihak berkuasa itu menyiasat bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas kerana didakwa menyalahgunakan kuasa dengan mengemukakan tuduhan tanpa asas undang-undang dan fakta terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak membabitkan kes Petroleum Investment Company (IPIC).

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Ketua UMNO Bahagian Pekan, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd. Ariff berkata, pada Ogos lalu, tular memo dalaman daripada Pejabat Peguam Negara yang dihantar pada 10 September 2019 oleh Datuk Jamil Aripin, pendakwa utama kes IPIC yang melibatkan tuduhan terhadap Najib yang kini dihadapkan di Mahkamah Tinggi di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Katanya, memo dialamatkan kepada Tommy yang merupakan Peguam Negara ketika itu memaklumkan tuduhan terhadap Najib adalah tidak berasas dan seharusnya dibatalkan.

“Selain itu, memo tersebut menunjukkan bahawa tuduhan terhadap Najib telah dibuat sebelum sebarang siasatan yang sewajarnya dijalankan terhadapnya. Memo tersebut menekankan bahawa tidak ada penilaian atau pertimbangan yang betul terhadap bukti sebelum tuduhan dikenakan terhadap bekas Perdana Menteri tersebut.

“Selanjutnya, memo itu mendapati apabila siasatan dijalankan (selepas tuduhan dibawa ke mahkamah), tiada seorang pun daripada 138 saksi yang ditemu bual menyokong tuduhan tersebut dan tidak menunjukkan sebarang jenayah dijalani oleh Najib.


“Berdasarkan penemuan ini, saya percaya Peguam Negara dan ahli-ahli kerajaan pada masa itu telah menyalahgunakan kuasa mereka dengan mengemukakan tuduhan terhadap Najib tanpa sebarang asas undang-undang atau fakta. Bagi tujuan politik mereka yang telah menyebabkan mudarat dan fitnah kepada Najib,” katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan di sini.

Mohammad Fakhruddin berkata, Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Saifuddin Hashim Musaimi dilaporkan oleh media hanya menjawab “Tiada Komen” apabila diajukan soalan tentang memo dalaman ini oleh Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin semasa prosiding sebutan kes itu di mahkamah, Jumaat lalu.

“Saya membuat laporan polis ini supaya polis menyiasat perkara ini di bawah Seksyen 167 Kanun Keseksaan berkenaan penyediaan dokumen yang salah (iaitu tuduhan dan izin untuk mendakwa oleh Peguam Negara) dengan niat jenayah untuk menyebabkan mudarat dan fitnah terhadap Najib.

“Saya juga percaya bahawa terdapat kesalahan lain dalam Kanun Keseksaan dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh disiasat oleh polis berdasarkan fakta yang dinyatakan di atas,” katanya.

UtusanOnline-

2 KOMEN

  1. You actually make it appear so easy together
    with your presentation however I find this matter to be actually something that I feel I’d
    by no means understand. It sort of feels too complicated and very vast for
    me. I’m taking a look forward for your subsequent submit, I’ll try to get the grasp of it!
    Escape room

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori