Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Tiada Keperluan PRN Sabah,...

KUALA LUMPUR – “Saya yakin rakyat Sabah tidak mahukan Pilihan Raya Negeri (PRN)...

Hindari Isu Integriti Walau...

PUTRAJAYA - Isu integriti walau sekecil mana sekalipun perlu dihindari kerana ia boleh...

2 Pusat Pemindahan Banjir...

HULU TERENGGANU - Sebanyak dua pusat pemindahan dibuka di Hulu Terengganu sehingga pukul...

Himpunan Rakyat Bersatu Manifestasi...

KUALA LUMPUR - Himpunan Rakyat Bersatu di ibu negara pada Rabu lepas merupakan...

Sindiket Seludup Warga Pakistan ‘Cari’ Isteri Tumpas

Kuala Lumpur : Lelaki Pakistan yang menyasarkan wanita tempatan untuk dijadikan isteri, ditahan selepas dipercayai dalang utama sindiket penyeludupan manusia yang masuk menerusi sempadan negara di Kelantan.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Datuk Ruslin Jusoh berkata, suspek ditahan bersama tujuh lagi rakan senegaranya dalam Ops Gelombang IV di beberapa lokasi sekitar Kelantan, Isnin lalu.

Menurutnya, sindiket dipercayai aktif menyeludup warga Pakistan ke dalam negara sejak Mei 2022, untuk bekerja secara haram dan menyasarkan wanita tempatan untuk dikahwini.

“Modus operandi sindiket adalah dengan bawa pendatang asing tanpa izin (Pati) dari Pakistan ini menaiki pesawat dan mendarat di Thailand.

“Kemudian Pati terbabit akan dibawa melalui pangkalan haram melintasi sempadan Malaysia -Thailand dan mengenakan bayaran antara RM6,000 hingga RM7,000 seorang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat risikan, dua pasukan digerakkan ke dua lokasi bagi memintas kenderaan dinaiki suspek dan Pati yang dipercayai baru diseludup masuk.

“Pasukan operasi berjaya memintas kenderaan itu di Pasir Mas, Kelantan dan menahan tiga lelaki Pakistan terdiri daripada transporter dan Pati.


“Pasukan kedua pula menahan lima lelaki Pakistan termasuk dalang utama dalam serbuan di sebuah rumah di Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan yang disyaki dijadikan sebagai transit,” katanya.

Ruslin berkata, pihaknya merampas wang tunai RM2,000, lapan pasport Pakistan yang tidak mempunyai cap masuk dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) serta sedan disyaki digunakan untuk menyeludup.

Menurutnya, kesemua Pati itu dipercayai akan dihantar ke beberapa destinasi tertentu antaranya sekitar Lembah Klang, Melaka, Pulau Pinang dan Johor Bahru dipercayai untuk bekerja.

“Dalang utama sindiket adalah pemegang Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang (suami kepada warganegara), manakala transporter berkenaan pemegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang masih sah.

“Dalang dan transporter terbabit ditahan di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 manakala enam Pati ditahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Pasport 1966,” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori