KOTA BHARU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan menahan seorang penjawat awam hari ini, kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM45,000 sebagai balasan melantik sebuah syarikat pembekal untuk program di bawah sebuah jabatan kerajaan di negeri ini.
[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]
Suspek lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira jam 9.45 pagi di pejabat SPRM Kelantan ketika hadir memberi keterangan.
Sumber berkata, suspek yang bertugas di sebuah jabatan kerajaan dipercayai menerima wang rasuah kira-kira RM45,000 daripada individu berkenaan.
“Suspek juga dipercayai meniru tandatangan seorang pegawai wanita bagi meluluskan surat perlantikan sebagai pembekal yang bertujuan memperdayakan pemilik syarikat terbabit untuk membayar wang rasuah yang diminta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sementara itu, Pengarah SPRM Kelantan, Rosli Husain ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
BHonline-