Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Tidak Kurangkan Kuota Haji...

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak akan mengurangkan kuota jemaah haji walaupun terpaksa menanggung...

ASB Rendah Bukti Ekonomi...

KUALA LUMPUR - Agihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang rendah tahun ini...

Wanita Terkejut Katak Kaki...

SEORANG wanita terkejut apabila hidangan yang dipesan di sebuah restoran mengandungi seekor katak...

Anggota Bomba Pujuk Dua...

CHANGLUN (Kedah) - Anggota bomba terpaksa dipanggil bagi membantu menurunkan dua beradik lelaki...

Tempurung Kepala Lelaki Rompong Akibat Strok Kronik

LONDON : Seorang bapa yang satu pertiga daripada tempurung kepalanya dikeluarkan akibat strok kronik kini kembali mempunyai ‘kepala yang sempurna’ apabila menjalani pembedahan memulihkan rangka tengkoraknya.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Proses pemulihan itu dilakukan dalam satu pembedahan menggunakan plat seramik yang disifatkan sebagai satu kejayaan besar.

Marc Morris, 59, menjalani pembedahan tersebut bagi mengelakkan bahagian otaknya menolak tempurung kepalanya.

Bapa kepada tiga cahaya mata itu rebah dan tidak sedarkan diri di rumah mereka di Craven Arms, Shropshire pada September tahun lepas.

Morris sebelum itu sering mengadu mengalami sakit kepala dan menyangka ia disebabkan migrain atau Covid-19.


Beberapa hari selepas diserang strok, doktor menzahirkan kebimbangan mengenai otaknya yang semakin membengkak dan bagi mengatasi masalah yang lebih besar, pakar membuat keputusan mengeluarkan sebahagian tempurung kepalanya.

Morris menghabiskan masa selama tujuh bulan di hospital untuk rawatan namun dia sering terkena sawan dan perlu bergerak menggunakan kerusi roda.

Pada Jun lalu, pakar di Hospital Universiti Royal Stoke memulihkan semula tempurung kepalanya dalam pembedahan yang berlangsung selama enam jam dengan menggunakan plat seramik berteknologi tinggi.

Kini, Morris semakin sihat dan dia menzahirkan rasa syukur kerana mempunyai peluang untuk pulih dengan fizikalnya seperti biasa.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori