Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Remaja Berkelah Bersama Rakan...

HULU SELANGOR : Kegembiraan empat lelaki mandi-manda di Air Terjun Lata Medang, Kuala...

Sindir Mahathir Lebih Bijak...

SINIS... Ketua Pemuda BN, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki persoal kenyataan Penasihat DAP,...

Tiada Penubuhan Syarikat Baharu...

KUALA LUMPUR – Felda menegaskan tiada penubuhan syarikat baharu yang beroperasi di London...

Inilah Penyanyi Sebenar Lagu...

KALAU korang nak tahu siapa penyanyi lagu latar filem Dilwale yang tengah meletup-letup...

Wan Fayhsal Mahu AG Jelaskan Isu Kes Zahid Pada Parlimen

Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal memfailkan usul untuk Dewan Rakyat menuntut peguam negara (AG) menjelaskan penarikan balik pertuduhan rasuah terhadap Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Notis bagi usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18 telah diserahkan pagi tadi, menurut salinan notis yang dikongsi ahli politik Bersatu itu di laman Facebooknya.

Usul itu menggesa sesi akan datang bermula Isnin minggu depan ditangguhkan bagi menuntut peguam negara menjelaskan keputusan itu kepada Dewan Rakyat.

“Peguam negara perlu menyatakan perkara-perkara yang menjadi asas kepada penarikan balik 47 pertuduhan itu, memandangkan mahkamah sudah memutuskan terdapat kes prima facie dan timbalan perdana menteri telah diarah membela diri,” tulisnya dalam notis yang ditujukan kepada Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul.

Dia berhujah bahawa usul itu adalah berkehendak disegerakan dan berkepentingan awam, dan oleh itu memenuhi kriteria untuk menggunakan Peraturan Mesyuarat 18.

Dia berkata ini kerana kredibiliti Jabatan Peguam Negara (AGC) dan sistem kehakiman dipertaruhkan, dan tertuduh dalam kes ini adalah ahli parlimen serta anggota kanan pentadbiran persekutuan.

“Usul itu juga penting untuk memastikan tiada campur tangan kerajaan terutamanya dalam kepimpinan tertinggi negara; dalam kes berprofil tinggi yang melibatkan ahli politik, terutamanya anggota kanan kerajaan persekutuan Malaysia,” katanya.


Sidang parlimen enam hari akan datang pada masa ini dijadualkan untuk membentang dan membahaskan kajian semula separuh penggal bagi Rancangan Malaysia Ke-12.

Sebanyak 47 pertuduhan terhadap Zahid adalah atas dakwaan pecah amanah jenayah, rasuah, dan pengubahan wang haram berhubung dana Yayasan Akalbudi.

Pada Isnin, pihak pendakwaan memberitahu mahkamah bahawa ia menarik balik pertuduhan dan meminta kes itu diketepi tetapi tidak dibebaskan, yang dibenarkan oleh mahkamah.

Ia memberitahu mahkamah terdapat 10 atau 11 sebab penarikan balik itu, termasuk untuk membolehkan siasatan yang lebih komprehensif dan lengkap terhadap kes itu.

Di tengah-tengah tindak balas orang ramai, AGC berkata ia mempunyai alasan “yang kukuh” untuk menarik balik pertuduhan, tetapi Badan Peguam Malaysia berkata penjelasan AGC “tiada justifikasi yang sewajarnya”.

Keputusan AGC juga mencetuskan semula desakan agar peranan peguam negara dan pendakwa raya dipisahkan.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori