Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Teman Serumah Guna Berus...

BAGAIKAN mimpi ngeri dan itulah yang dialami oleh Sarah dan kekasihnya apabila mereka...

Ribuan Serbu Pak Jamal...

KAJANG - Ketika pembangkang lebih sibuk bercakap rakyat menderita konon harga barangan mahal,...

PRK: UMNO, PAS Kempen...

KEMPEN Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands tampak sedikit kelainan apabila UMNO...

SRC: Pembelaan Tutup Kes,...

KUALA LUMPUR - Selepas memanggil sebanyak 19 saksi pada perbicaraan kes Datuk Seri...

11 Ditahan Disyaki Tawar Khidmat Pelacur Di Australia

BALIK PULAU: Polis menahan 11 individu termasuk enam wanita tempatan selepas disyaki menjalankan kegiatan pelacuran dalam talian yang menyasarkan pelanggan dari Australia di sebuah premis komersil di Bayan Baru, dekat sini, petang kelmarin.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Barat. Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata mereka yang berusia 21 hingga 65 tahun itu ditahan kira-kira jam 5.30 petang susulan risikan selama dua hari di tingkat tiga bangunan terbabit.

“Modus operandi sindiket ini ialah mereka menjadi orang tengah menerusi pautan laman web berpangkalan di Australia bagi mempromosi dan mengiklankan aktiviti pelacuran dengan menyasarkan pelanggan di negara terbabit.

“Pelanggan akan berhubung dengan sindiket ini melalui nombor talian menggunakan simkad syarikat telekomunikasi dari negara itu.

Kita dapati ada 100 hingga 120 profil wanita yang menawarkan khidmat seks dipaparkan dalam laman web tersebut.

“Difahamkan, pelanggan akan membuat bayaran terus kepada pihak menawarkan perkhidmatan itu sebelum sindiket pelacur di sana membayar komisen kepada sindiket di sini,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya di sini, hari ini.

Kamarul Rizal berkata mereka yang ditahan termasuk lima lelaki dengan dua daripada suspek iaitu lelaki berusia 33 tahun dan wanita berumur 65 tahun mempunyai pertalian ibu dan anak.

Katanya, dua daripada suspek termasuk anak wanita terbabit mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan kesalahan di bawah Akta Rumah Judi Terbuka dan Enakmen Hiburan.

Katanya, siasatan lanjut mendapati lelaki berusia 33 tahun terbabit sebagai dalang utama kegiatan dan sudah beberapa kali berkunjung ke Australia dengan kali terakhir dikesan pada Julai lalu.


“Siasatan turut mendapati premis yang dijadikan pejabat operasi kegiatan itu beroperasi sejak Disember 2021 dengan kumpulan terbabit berselindung di sebalik perniagaan teknologi maklumat (IT) yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

“Mereka mendapat bayaran dalam nilai dolar Australia sehingga mampu menjana pendapatan dianggarkan lebih kurang RM30,000 sehari atau boleh mencecah RM900,000 dalam tempoh sebulan,” katanya.

Kamarul Rizal berkata pekerja yang dibahagikan kepada dua syif turut meraih pendapatan lumayan sekitar RM3,000 hingga RM8,000 sebulan memandangkan kegiatan itu beroperasi 24 jam sehari.

Katanya, turut dirampas dalam serbuan itu adalah 11 unit monitor, 161 telefon bimbit, 17 tablet iPad, empat modem, 11 kerusi, lapan Unit Pemprosesan Pusat (CPU), sebuah laptop dan sebuah kereta Mercedes-Benz.

“Semua suspek direman enam hari bermula semalam hingga Khamis ini dengan kes disiasat di bawah Seksyen 372 (1) (e) Kanun Keseksaan kerana mempromosi dan mengiklan kegiatan pelacuran dan 372 (1) (f) kerana menjadi orang tengah membantu aktiviti persundalan.

“Ini pertama kali kita menumpaskan kegiatan pelacuran dalam talian seumpama ini dan kita percaya belum pernah menemui kegiatan sedemikian di negeri ini.

“Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat aktiviti sebegini boleh menyalur maklumat ke Bilik Gerakan IPD Barat Daya melalui nombor hotline 04-8664 122,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori