Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Penganggur Didakwa Cabul Kanak-Kanak...

KUALA LUMPUR - Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini...

Najib Sertai Pertemuan Produktif...

BEIJING - Mesyuarat ke-22 Pemimpin Ekonomi (AELM) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), bermula...

David Orok Mengaku Tak...

Seorang ahli Parti Reformasi Negeri Sabah David Orok didakwa di Mahkamah Sesyen Kota...

Jet Raja Salman Bawa...

BERITA layanan istmewa diberikan kerajaan Arab Saudi terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr....

‘Alhamdulillah, Kerajaan Pusat Bantu Selesai Masalah Air Kelantan’

Kerajaan Kelantan mengalu-alukan pengumuman Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2024 untuk menyelesaikan masalah bekalan air di negeri itu.

Wow….pizza cuma RM11?…..nak tahu lanjut..klik sini…..

Menteri Besar, Mohd Nassuruddin Daud berkata peruntukan dana itu akan dapat memberi manfaat kepada Kelantan dan seluruh rakyatnya.

“Alhamdulillah, kerajaan Pusat bantu Kelantan untuk menyelesaikan masalah air.

“Kerajaan Kelantan akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada kerajaan Pusat untuk sama-sama menyelesaikan masalah ini.

“Kita sentiasa bersedia untuk berganding bahu dengan kerajaan pusat demi kesejahteraan rakyat,” katanya seperti dipetik Berita Harian.


Semalam Anwar yang juga menteri kewangan berkata sejumlah RM1.1 bilion diperuntukkan untuk menyelesaikan isu bekalan air di Kelantan, Sabah dan Labuan.

“Masalah air ini bukan saja di Kelantan, malah berlaku juga di negeri yang lain.

“Namun, kita ucapkan terima kasih banyak kepada perdana menteri dan kerajaan Pusat,” kata Nassuruddin lagi.

Kerajaan pusat merancang penyelenggaraan paip air dan projek pembinaan Loji Rawatan Air Machang Fasa 1 berkapasiti 250 juta liter sehari bagi meningkatkan rizab bekalan air di Kelantan.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori