Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Anak Selamat Bersalin Di...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak menerima khabar gembira...

Teliti Cadangan Mekanisme Penetapan...

PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersetuju dengan...

Pasangan Khalwat Naik Van...

KULIM - Tiga pasangan disyaki berkhalwat di hotel bajet sekitar daerah ini malam...

Kedah FA Minta Rakyat...

KUALA LUMPUR - Pengurus Kedah FA, Shafarizam Baderon menyeru rakyat Kedah supaya memilih...

‘Apa Perasaan Jika Adik Kamu Jadi Mangsa’ – Hakim

Muar : “Kamu ada adik perempuan, apa perasaan kamu jika orang lain buat (rogol) perkara sama padanya? Apa perasaan kamu sebagai abang?

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

“Kalau tak nak benda tak baik berlaku pada keluarga kita, jangan sesekali kita buat pada orang lain? Hukuman ini bukanlah pengakhiran tapi pengajaran pada kamu kelak.”

Demikian nasihat Hakim Abu Bakar Manat terhadap seorang remaja yang mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan merogol kenalan bawah umur, minggu lalu.

Tertuduh, Muhammad Irfan Mohamad Farid, 18, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibaca oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan itu terhadap seorang remaja berusia 14 tahun di sebuah rumah di Kluang, dekat sini, antara jam 9 hingga 10 pagi, 22 Oktober lalu.

Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan.

Berdasarkan fakta kes, mangsa berasal dari Klang, Selangor dilaporkan datang ke rumah tertuduh selepas sebulan berkenalan melalui media sosial.

Mangsa menaiki bas sebelum bermalam di rumah tertuduh dan kesempatan itu diambil dengan melakukan perbuatan itu.


Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, pihak pendakwaan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan mengambil kira beberapa faktor termasuk mangsa bawah umur.

“Jika dilihat daripada fakta kes, pihak pendakwaan mendapati wujud elemen paksaan terhadap mangsa. Malah tertuduh sendiri mengakui kesalahan dilakukan dan ini amat serius.

“Kejadian ini meninggalkan kesan dan trauma kepada mangsa pada masa akan datang,” katanya.

Selepas mengambil hujahan pihak pendakwaan serta rayuan tertuduh, mahkamah memutuskan remaja itu dikenakan penjara lima tahun bermula dari tarikh ditangkap 24 Oktober lalu serta tiga sebatan.

Sementara itu, di luar mahkamah, suasana pilu seketika apabila bapanya mengambil kesempatan memeluk tertuduh sambil menitiskan air mata sebelum dibawa ke Penjara Sungai Udang, Melaka untuk menjalani hukuman itu.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori