PELAKON Badrul Muhayat meninggal dunia pada usia 55 tahun di sebuah homestay di Pulau Pinang, awal pagi tadi seperti disahkan rakannya, Anne Abdullah.
IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..
Anne memberitahu media, Badrul tidak sedarkan diri ketika dibangunkan isterinya dari tidur.
“Punca kematian belum disahkan. Saya rasa dia penat sangat berniaga…Banyak sangat karnival,” kata Anne seperti dipetik dari laporan mStar.
Punca sebenar kematian belum ketahui setakat ini.
Badrul berada di Pulau Pinang bagi menyertai sebuah karnival.
Dilahirkan pada 18 April 1968, Allahyarham pernah menjadi peserta Hero Remaja.
Beliau sangat dikenali melalui filem Harry Boy dan Kad Cinta
Allahyarham baru sahaja mendirikan rumah tangga dengan Norhayati Zulkapli, April lalu.
-Mynewshub