Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Zaquan, Ayu Raudhah Bakal...

TAHNIAH diucapkan kepada pemain bola sepak terkenal, Zaquan Adha dan isteri, Ayu Raudhah...

Usah Layan Permohonan Naikkan...

KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini meminta Suruhanjaya Pengangkutan...

Rogol Teman Wanita, Kelindan...

PETALING JAYA - Seorang kelindan lori dihukum penjara lima tahun dan dua sebatan...

Gambar Gagak Tumpang Helang...

SEBELUM ini gambar seekor cerpelai yang 'menunggang' burung belatuk di London pernah viral...

Budak Lelaki Mangsa Dera Ditemui Bogel, Dikurung Dalam Tandas

ISKANDAR PUTERI: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang menjadi mangsa dera ditemukan tidak bermaya, dibiarkan berbogel dan dikurung dalam tandas rumah keluarganya di Pulai, di sini, Jumaat lalu.

Wow….pizza cuma RM11?…..nak tahu lanjut..klik sini…..

Nasib malang kanak-kanak itu disedari jiran yang kebetulan ke rumah keluarga mangsa untuk menumpang meletakkan barangan basah di dalam peti ais, Khamis lalu.

Jiran terbabit kemudian mengadu penduduk lain sebelum ia dirujuk kepada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak polis.

Pengerusi Persatuan Penduduk India Kangkar Pulai, N Batma Rajan berkata, sebaik menerima maklumat pihaknya berusaha meninjau keadaan mangsa dan mendapatkan penjelasan penghuni kediaman, namun gagal.

Susulan itu, katanya, dia bersama Pengasas I Care Community Centre, M Caren Nantheny, menghubungi polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Ketika menyelamatkan kanak-kanak itu, mangsa tidak bermaya, berbogel, menggigil dan tubuhnya terdapat kesan luka atau parut lama serta tapak kakinya cedera hingga sukar bergerak.


“Ketika itu, seorang wanita berusia 40-an dipercayai teman wanita bapa mangsa serta seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang juga anak wanita itu berada di rumah berkenaan. Bapa mangsa dipercayai bekerja sebagai pemandu van kilang tiada di rumah,” katanya.

N Batma berkata, berdasarkan apa yang diceritakan mangsa, kanak-kanak mendakwa sudah didera lebih enam bulan dengan kerap dikurung dalam tandas dan dihukum (didera), dengan alasan bersikap nakal serta gemar keluar rumah.

Sementara itu, Caren Nantheny berkata, pihaknya menghubungi ibu kandung mangsa yang tinggal di Kuala Selangor selepas kanak-kanak itu dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA).

“Wanita itu mendakwa bekas suaminya membawa keluar mangsa dua tahun lalu dan dia gagal menghubunginya,” katanya.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin mengesahkan menerima laporan mengenai kes itu dengan dua suspek ditahan untuk membantu siasatan.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori