Wednesday, January 8, 2025

Creating liberating content

Dua Kali Terjatuh, Roslan...

LAKONANNYA yang mantap, sering membuatkan penonton terkesan tidak kira sama ada aktor veteran...

Mangsa Banjir Di Johor...

MUAR - Jumlah mangsa banjir di Johor sehingga pukul 8 pagi ini semakin...

PSUAM Rayu Najib Diberi...

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Sahabat Ulul Amri Malaysia (PSUAM) merayu kepada Yang di-Pertuan...

Towerthon Menara KL Buka...

KUALA LUMPUR - Cabaran Towerthon Menara Kuala Lumpur (KL) edisi ke-17 pada 14...

China Hantar Tiga Angkasawan Ke Angkasa Lepas

JIUQUAN: China menghantar tiga angkasawan negara itu ke stesen angkasa Tiangong, hari ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ia merupakan misi terbaharu sebagai persediaan program angkasa lepas yang merancang untuk menghantar manusia ke bulan menjelang 2030.

Shenzhou-17 berlepas dari tapak pelancaran Jiuquan di barat laut China pada pukul 11.14 pagi (waktu tempatan), membawa kru tiga angkasawan iaitu Tang Hongbo, 48, dan dua lagi angkawasan muda, Tang Shengjie, 33, dan Jiang Xinlin, 35.

Agensi berita Xinhua melaporkan, kapal angkasa itu yang dipasang atas roket pengangkut Long March-2F, berlepas dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan.


Dilaporkan, ia merupakan misi kedua Tang Hongbo ke stesen angkasa Tiangong.

Kali ini, Tang Hongbo mengetuai kru angkasawan berkenaan, dengan ditemani oleh Tang Shengjie serta Jiang Xinlin yang masing-masing merupakan pengembaraan sulung ke angkasa lepas.

Tiga anggota kru Shenzhou-16 yang berada di stesen angkasa Tiangong selama hampir lima bulan, kini bersiap sedia menerima kehadiran pasukan angkasawan tersebut sebelum kembali ke bumi minggu depan.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori