Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Wanita Malaysia Ditemui Mati...

HATYAI - Seorang wanita rakyat Malaysia ditemukan mati dalam bilik hotel didiami bersama...

Presiden UMNO Adakan Pertemuan...

JOHOR BAHRU – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengadakan pertemuan...

Najib, PM Paling Banyak...

KUALA LUMPUR - Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam menyifatkan Datuk Seri...

Kisah Lengan Baju Tunku...

TANGGAL 14 Ogos 2017 lalu menjadi hari cukup bersejarah buat Tunku Tun Aminah...

Dewan Rakyat: Hutang Negara Meningkat Kepada RM1.08 Trilion

KUALA LUMPUR : Hutang Persekutuan pada akhir 2022 merekodkan sebanyak RM1.08 trilion, meningkat sebanyak RM99.777 bilion atau 10.2 peratus berbanding RM979.814 bilion pada 2021.

Wow….pizza cuma RM11?…..nak tahu lanjut..klik sini…..

Demikian kenyataan Laporan Ketua Audit Negara Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun 2022 yang dibentang Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd. Radzi dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata, nisbah hutang Persekutuan kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pula dicatatkan pada kadar 60.3 peratus.

Katanya, nisbah statutori Hutang Persekutuan yang membabitkan Bil Perbendaharaan Islamik, Terbitan Pelaburan Kerajaan dan Sekuriti Kerajaan Malaysia berjumlah RM1.032 trilion adalah pada nisbah 57.6 peratus kepada KDNK.

Sementara itu, kedudukan Liabiliti Persekutuan pada 2022 berjumlah RM1.399 trilion iaitu meningkat sebanyak RM94.116 bilion atau 7.2 peratus berbanding RM1.305 trilion pada 2021.


Jelasnya, nisbah Liabiliti Persekutuan kepada KDNK adalah 78.1 peratus iaitu menurun berbanding 84.3 peratus pada 2021.

Katanya lagi, Liabiliti Kewangan terdiri daripada Liabiliti Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) dan Komitmen Kewangan serta Pelbagai Liabiliti pada 2022 dicatatkan sebanyak RM319.571 bilion.

“Daripada jumlah ini, sejumlah RM34.492 bilion adalah Liabiliti PFI yang mana kedudukan baki dicatatkan berkurangan sebanyak RM1.083 bilion atau tiga peratus.

“Pada 2021, kedudukan baki dicatatkan sebanyak RM35.575 bilion. Sejumlah RM2.493 bilion sudah dibelanjakan bagi melunaskan prinsipal pinjaman dan bayaran faedah,” katanya.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori