Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Tangani Kes Kekejaman Ke...

GEORGE TOWN - Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa pihak polis dan Jabatan Perkhidmatan...

Felda Perlu Kekal Momentum...

KUALA LUMPUR – Kapten Felda United, Muhammad Shukor Adan yakin gelaran juara Liga...

Euro 2016: Perancis, Jerman,...

TUAN rumah kejohanan Euro 2016, Perancis mara ke peringkat suku akhir selepas menewaskan...

Faizal Tahir Teruja PM...

PENYANYI terkenal tanah air, Faizal Tahir mengakui teruja apabila lagu ciptaan Ezra Kong...

F1: Ferrari Sudah Perlu Cabar Kejuaraan

MARANELLO – Pelumba Ferrari, Carlos Sainz berharap ‘eksperimen’ yang dilakukan sepanjang saingan Formula Satu (F1) musim ini mampu membantu mereka menjadi pasukan digeruni pada masa hadapan.

Wow….pizza cuma RM11?…..nak tahu lanjut..klik sini…..

Pasukan yang berpangkalan di Itali itu mengharungi aksi tidak menentu dalam kempen 2023 gara-gara prestasi jentera yang kurang konsisten sehingga menyaksikan mereka berada di kedudukan ketiga dalam carta pengeluar.

Justeru, Sainz enggan masa yang diluangkan untuk menguji jentera pada setiap perlumbaan menjadi sia-sia sekiranya Ferrari terus gagal mencabar takhta kejuaraan dunia menjelang saingan musim depan.

“Saya tidak fikir semua (masalah) ini berpunca daripada pakej baharu. Charles (Leclerc) tidak berdepan banyak masalah dalam perlumbaan terdahulu, tetapi saya seperti hilang arah kerana banyak menguji pelarasan jentera.


“Saya gunakan hari Jumaat pada setiap perlumbaan untuk uji jentera dengan pelarasan berbeza bagi memastikan ia sesuai dengan pemanduan saya. Bagaimanapun, ia masih menjadi masalah kerana catatan masa masih tidak dapat diperbaiki,” katanya.

Walaupun sedar tidak ada apa-apa lagi untuk dikejar pada saingan musim ini, namun pelumba Sepanyol itu optimis segala pengorbanan yang dilakukan akan membuahkan hasil sebaik sahaja kempen 2024 membuka tirainya nanti.

“Saya tahu ‘eksperimen’ yang saya buat ini bukan perkara sia-sia. Mungkin ia tidak membantu dalam masa terdekat tetapi saya ada visi yang lebih besar untuk tempoh masa lebih panjang,” ujar Sainz.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori