Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Ajal Kejar Pencuri Lori

Petaling Jaya - Tindakan seorang lelaki berusia 35 tahun cuba menahan penjenayah yang...

GST: Kes Pemilik Restoran...

SHAH ALAM - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 21 Ogos ini...

Liew Daren, Zii Jia...

KUALA LUMPUR – Pemain perseorangan profesional negara, Liew Daren berada dalam kelas tersendiri...

Bukan Saya Lantik Azam...

PUTRAJAYA : Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu pihak tertentu tidak...

Gangguan Air : Hulu Selangor, Kuala Selangor Sudah Pulih

SHAH ALAM – Tahap pemulihan bekalan air di tujuh wilayah terjejas akibat henti tugas sementara bagi tiga fasa loji rawatan air (LRA) Sungai Selangor (SSP1, SSP2, SSP3) dan LRA Rantau Panjang telah mencapai keseluruhan 93.1 peratus.

Wow….pizza cuma RM11?…..nak tahu lanjut..klik sini…..

Henti tugas bagi kesemua LRA itu sejak semalam susulan insiden pencemaran bau di Sungai Selangor.

Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) berkata, bacaan tahap pemulihan itu dicatatkan setakat pukul 12 tengah hari tadi.

Katanya, Hulu Selangor dan Kuala Selangor telah mencapai 100 peratus pemulihan diikuti Petaling (97.5 peratus) dan Gombak (94.7 peratus).

“Klang pula berada 93 peratus, Shah Alam (92.9 peratus) manakala Kuala Lumpur di tahap 70.6 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, Air Selangor menyarankan para pengguna yang telah dan akan mendapat bekalan air untuk membiarkan pili air mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian.


“Air Selangor berharap agar para pengguna yang telah mendapat bekalan air akan menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar,” ujarnya.

Dalam pada itu, Air Selangor turut memaklumkan kerja-kerja penambahbaikan, penyenggaraan dan penggantian aset di LRA Sg Langat telah siap dilaksanakan.

Jelasnya, status pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas telah mencapai 0.88 peratus setakat pukul 12 tengah hari.

” Tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.

“Bekalan air dijangka akan pulih sepenuhnya pukul 12:00 tengah hari, esok,” katanya.

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori