Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

3,532 Pekebun Kecil N.Sembilan...

SEREMBAN - Sebanyak 3,532 pekebun kecil di Negeri Sembilan hari ini menerima dividen...

Najib Sindir Mat Sabu...

SINIS... Datuk Seri Najib Razak persoal Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dengan tanya sejak...

Jalur Gemilang Bintang 5:...

KUALA LANGAT - Tindakan memaparkan bendera kebangsaan yang salah adalah satu perkara yang...

Tiada Konsensus Dicapai Pembubaran...

KUALA LUMPUR - MCA dan MIC kekal bersama Barisan Nasional (BN) ekoran tiada...

Golongan OKU Hanya Bersaing Sesama Sendiri Untuk Kemasukan Ke IPT

Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memaklumkan golongan orang kurang upaya (OKU) yang memohon kemasukan melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT) melalui laluan khas hanya akan bersaing dalam kelompok mereka sendiri.

Wow….pizza cuma RM11?…..nak tahu lanjut..klik sini…..

Timbalan Menterinya, Datuk Mohammad Yusof Apdal berkata, selain itu mereka hanya perlu melepasi syarat am dan syarat khas minimum Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) serta lulus temu duga atau ujian bagi program pengajian yang menetapkan keperluan tersebut.

“Syarat khas program pengajian ini adalah tertakluk kepada keputusan senat Universiti Awam (UA) termasuk bagi bidang undang-undang dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

“Pada sesi akademik 2023/2024, sebanyak lapan program pengajian undang-undang bagi lepasan Sijil Tinggi Persekolah Malaysia (STPM) atau setaraf ditawarkan dan lima daripadanya menerima semua jenis ketidakupayaan calon OKU manakala satu menerima sebahagian ketidakupayaan,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian mengulas pertanyaan Datuk Seri Saifuddin Abdullah (PN-Indera Mahkota) adakah kementerian berhasrat meneliti dan mengkaji semula syarat kemasukan ke IPT bagi golongan OKU termasuk jurusan undang-undang dan ICT untuk menjamin akses pendidikan tanpa sebarang diskriminasi seperti yang termaktub dalam Akta Orang Kurang Upaya 2008.


Mengulas lanjut, Mohammad Yusof berkata, terdapat 11 program pengajian lepasan STPM atau setaraf dalam bidang teknologi maklumat ditawarkan pada sesi 2023/2024 dan lima daripadanya terbuka kepada semua calon yang berkelayakan dan menerima semua jenis ketidakupayaan calon OKU.

“Penawaran program kepada golongan OKU ini adalah melalui persetujuan bersama agensi atau institusi dengan mengambil kira kesediaan prasarana mesra OKU institusi itu sendiri bagi memastikan golongan OKU dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran (PdP) dengan selesa.

“Bagaimanapun, pihak KPT akan terus menambah baik usaha dan inisiatif bagi memastikan kesaksamaan peluang diberikan sewajarnya kepada golongan OKU dalam bidang-bidang yang berdaya saing ini,” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori