Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Lemah Bahasa Inggeris Bantut...

MELAKA - Penguasaan bahasa Inggeris yang lemah membantutkan impian kira-kira 1,000 graduan perubatan...

NGO Mahu Bekal Air...

KUALA LUMPUR - Sekurang-kurangnya 60,000 pelarian Rohingya di kem pelarian mega Balukhali/Kutupalong di...

Projek Kereta Ketiga Negara...

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan bahawa projek kereta nasional ketiga kelak, tidak...

Jabatan Pertanian Basmi Kera...

KUALA NERANG - Jabatan Pertanian daerah Padang Terap menganjurkan Program Kawalan Bersepadu Tanaman...

Hajiji Nafi Salah Guna Kuasa Pengambilan Tanah Di Kudat

Kota Kinabalu : Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor hari ini menafikan berlaku salah guna kuasa dalam kelulusan berhubung rundingan pengambilan tanah di Kudat.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Menjawab dakwaan yang disebarkan melalui laman Facebook berhubung pengambilan tanah yang didakwa untuk perlombongan pasir silika di daerah itu, Hajiji berkata semua permohonan adalah mengikut undang-undang.

Beliau berkata, dakwaan kononnya berlaku salah guna kuasa membabitkan dirinya adalah berniat jahat, bermotifkan politik dan bertujuan memburukkan namanya.

“Pejabat saya akan memberi kerjasama penuh terhadap mana-mana siasatan yang dijalankan berhubung dengan dakwaan ini,” katanya menerusi satu kenyataan, di sini, hari ini.

Kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Ketua Menteri Sabah itu menyusul berikutan satu artikel yang dimuat naik sebuah laman Facebook mendakwa Hajiji menggunakan kuasanya meluluskan permohonan tanah di daerah itu termasuk milik Yayasan Sabah.

Hajiji berkata, semua permohonan tanah dibuat mengikut prosedur yang ditetapkan melalui mesyuarat Jawatankuasa Penggunaan Tanah (LUC) dan diproses di pejabat.


“Permohonan membabitkan tanah Yayasan Sabah sudah dirujuk kepada Lembaga Pengarah Innoprise Corporation Sdn Bhd (ICSB) dan semuanya dibuat mengikut undang-undang.

“Siasatan akan dibuat dan tindakan sewajarnya akan diambil terhadap pegawai yang mendedahkan dokumen rahsia yang digunakan untuk membuat dakwaan terbabit,” katanya.

Katanya, pihak berkuasa juga sudah dimaklumkan mengenai akaun Facebook yang memuat naik dakwaan untuk mencemarkan reputasinya itu.

“Saya juga akan mengarahkan peguam saya untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap dakwaan palsu ini,” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori