Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Guru Agama Urus Kewangan...

KUALA LUMPUR - Seorang guru agama dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Tinggi...

Misi Kayveas Mahu Jadikan...

JIKA Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump terkenal dengan slogan 'Make America Great...

Pelajar Dua Institusi Turun...

JITRA – Seramai 15 pelajar daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Institut Kemahiran Belia...

Madrasah Dipantau, Pastikan Tiada...

PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sentiasa memantau...

Hamas Lancar Serangan Balas Terbesar, Bedil 5,000 Roket Ke Atas Israel

BAITULMAQDIS/GAZA: Hamas melancarkan serangan terbesar dalam tempoh beberapa tahun ke atas Israel, hari ini, dalam tindakan mengejut yang menggabungkan gerakan pejuang melintas sempadan dan bedilan ribuan roket dari Semenanjung Gaza.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Bunyi siren amaran bergema ke seluruh bahagian selatan serta tengah Israel termasuk Baitulmaqdis, manakala tentera rejim Zionis berkata mereka kini dalam situasi peperangan, dan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu pula memanggil mesyuarat tergempar dengan pegawai keselamatan.

Insiden kali ini adalah yang paling serius sejak Israel dan Hamas berperang selama 10 hari pada 2021, dengan media Israel melaporkan pertempuran bersenjata antara kumpulan pejuang Palestin dengan pasukan keselamatan di bandar-bandar sekitar selatan Israel.

Komander tentera Hamas, Mohammad Deif, mengumumkan pelancaran operasi berkenaan dalam siaran melalui media gerakan itu seraya menggesa penduduk Palestin di mana jua berada untuk sama-sama berjuang.


“Ini adalah hari pertempuran terbesar untuk menamatkan pendudukan terakhir di bumi,” katanya sambil memaklumkan sejumlah 5,000 roket telah dibedil dalam serangan itu.

Perkhidmatan kecemasan memaklumkan setakat ini, sekurang-kurang seorang wanita Israel dilaporkan terbunuh, dan kru ambulans dikerahkan ke kawasan sekitar Semenanjung Gaza. – REUTERS

Berita lanjut menyusul

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori