Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Iskandar Layak Ganti Chong...

KUALA LUMPUR - Legenda badminton negara, Rashid Sidek menyifatkan Iskandar Zulkarnain Zainuddin calon...

Penyokong Pembangkang Kecam Sultan,...

KUALA LUMPUR - Sebahagian netizen dipercayai penyokong Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu...

Pahang Cadang Wujud Pusat...

MENTAKAB : Kerajaan Negeri Pahang sedang mengenalpasti beberapa lokasi untuk dijadikan sebagai pusat...

Pengurusan Dikesan Tak Selenggara...

IPOH – Tiada penyelenggaraan serta sijil perakuan kelayakan (CF) tidak diperbaharui...

Ibu Sihir Guru Sampai Lumpuh, Gara-Gara Tegur Anaknya Malas

PETALING JAYA – Akibat bengang dengan perbuatan seorang guru yang selalu menegur anaknya yang gagal menyiapkan kerja sekolah, seorang ibu bertindak ‘menghantar’ sihir kepada wanita tersebut.

Wow….pizza cuma RM11?…..nak tahu lanjut..klik sini…..

Lebih menyedihkan perbuatan itu menyebabkan guru tersebut mengalami lumpuh separuh badan dan hampir membunuh diri.

Kisah menyayat hati tersebut telah dikongsikan seorang pengamal perubatan Islam, Puan Rohfa Perawat Ar Syifa menerusi aplikasi TikToknya.

Menurutnya, akibat perbuatan ibu pelajar itu juga, guru tersebut turut mengalami hilang daya ingatan.

“Bukan senang jadi tenaga pengajar, silap sikit dimaki, dimarah oleh ibu bapa pelajar dan ada yang sampai disihir, Allahuakbar.

“Disihir sampai tiada semangat mengajar di sekolah dan tubuh badan kerap sakit serta ada lebam,” katanya.


Tangkap layar klip video memaparkan proses rawatan sedang dilakukan ke atas seorang guru akibat disihir.
Cerita perawat itu lagi, fikiran pesakit menjadi ‘blur’ (kosong) sampai tidak tahu buat kerja serta selalu mendengar bisikan ‘aku akan seksa kau’.

Malah katanya, apabila malam pesakit akan mengamuk dan meracau sehingga bertindak untuk membunuh diri.

“Selalu nampak kelibat pocong dalam rumah dan selalu bau busuk. Lepas asar badan jadi mengigil dan kesejukan, badan pun jadi mengeras macam kena ikat.

“Sesak nafas dan batuk tak henti, adal kalanya sampai keluar ketulan darah. Dalam perut macam kena hiris dengan pisau, malam memang tak boleh nak tidur,” kata perawat terbabit.

-Kosmo Online

  • Lagi berita berkaitan:
  • sihir

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori