Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Kes Bunuh Zayn Rayyan:...

PETALING JAYA - Beberapa unit kediaman tidak berpenghuni melibatkan Blok R, Apartment Idaman,...

3,000 Pengunjung Saksi Fenomena...

LANGKAWI - Kira-kira 3,000 pengunjung tidak melepaskan peluang menyaksikan fenomena alam laut terbelah...

Jihan Muse Umum Sedang...

TAHNIAH diucapkan kepada pasangan comel Jihan Muse dan Ungku Hariz apabila Jihan bakal...

Peniaga Rugi RM400,000, Tiga...

JOHOR BAHRU: Seorang peniaga dalam talian yang mahu menjual jam tangan mewah berjenama...

Iran Dituduh Bantu Serang Pangkalan AS Di Asia Barat

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) semalam menuduh Iran ‘secara aktif memudahkan’ serangan ke atas pangkalan tenteranya di Asia Barat serta mengesahkan pihaknya menghantar sejumlah kecil penasihat tentera ke Israel.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Kebimbangan AS mengenai potensi peningkatan perang antara Israel dan Palestin menjadi isu serantau semakin memuncak walaupun Washington menolak gesaan untuk gencatan senjata.

Ini kerana Washington masih menegaskan sekutunya, Israel mempunyai hak mempertahankan diri, tetapi enggan mengulas mengenai status penduduk Palestin di Semenanjung Gaza.

“Iran terus menyokong Hamas dan Hizbullah, kita tahu Iran memantau dengan teliti serangan ini, malah dalam beberapa kes, secara aktif memudahkan serangan.

“Iran juga mendorong orang lain yang mungkin ingin mengeksploitasi konflik ini untuk kepentingan peribadi mereka atau kepada Iran.

“Kami tahu Iran akan terus menafikan perkara ini, tetapi kami tidak akan benarkan mereka berbuat demikian,” kata Jurucakap Majlis Keselamatan Negara AS, John Kirby kepada pemberita di Rumah Putih.

Sehingga keganasan meletus, pentadbiran Presiden AS, Joe Biden, memuji tempoh agak tenang dengan pejuang pro-Iran di rantau itu berikutan perbincangan damai antara pegawai AS dan Iran.

Namun sejak Rabu, berlaku sekurang-kurangnya lima serangan roket dan dron menyasarkan tiga pangkalan tentera Iraq menempatkan tentera AS di bawah gabungan antarabangsa untuk memerangi kumpulan daesh.

Pemimpin ulama Syiah Iran menyokong Hamas serta gerakan Syiah Lubnan, Hizbullah, kumpulan separa tentera Syiah di Iraq dan pemberontak Huthi Yaman.


Kata kirby, AS menjanjikan bantuan pertahanan besar-besaran kepada Israel sejak serangan 7 Oktober oleh pejuang Hamas dan turut menghantar ‘beberapa’ penasihat tentera ke Israel.

Mereka adalah pegawai yang mempunyai pengalaman dalam ‘jenis operasi yang sedang dijalankan oleh Israel dan mungkin akan dijalankan pada masa hadapan’ dan ‘berada di sana untuk berkongsi beberapa perspektif’,” katanya.

Dengan keadaan yang teruk di Gaza, Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU), Josep Borrell semalam, berkata beliau menjangkakan pemimpin blok itu untuk bersama-sama meminta ‘laluan kemanusiaan’ untuk membenarkan bantuan.

Bagaimanapun jurucakap Jabatan Negara AS, Matthew Miller, berkata pihaknya menolak gesaan untuk memaksa Israel menghentikan operasi.

“Gencatan senjata akan memberi Hamas keupayaan berehat, membaik pulih dan bersedia untuk terus melancarkan serangan pengganas terhadap Israel.

“Mana-mana negara yang mengalami serangan pengganas begitu kejam tidak akan berdiam diri dan terus melihat ancaman pengganas tepat di sempadan,” katanya kepada pemberita.

Tambah beliau, AS bekerja secara berasingan untuk memastikan aliran bantuan kemanusiaan ke Gaza, dengan utusan AS, David Satterfield, di lapangan bekerja ‘secara intensif’ menyalurkan bantuan.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori