Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Selesa Kawan Dengan Zizan,...

KONTROVERSI 'percintaan' antara pelakon Mira Filzah dan pelawak terkenal, Zizan Razak bagaikan tiada...

Real Madrid Siap ÂŁ80...

REAL Madrid telah menjadikan bintang Manchester United sebagai sasaran utama mereka dan menyediakan...

Malaysia Terima 182,520 Dos...

PUTRAJAYA - Malaysia akan menerima 182,520 dos tambahan vaksin Covid-19 jenis Pfizer-BioNTech esok,...

Sasar Tingkat 40 Peratus...

Kota Kinabalu : Kerajaan menyasarkan untuk meningkatkan penjanaan tenaga hijau atau Tenaga Boleh...

Israel Serang Lebih 500 Sasaran Hamas Di Gaza

BAITULMUQADDIS : Israel memaklumkan pasukan tenteranya melancarkan serangan udara dan melepaskan tembakan meriam ke atas lebih 500 sasaran milik kumpulan pejuang Hamas di Semenanjung Gaza semalaman.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Tentera Israel dalam satu kenyataan mengesahkan jet pejuang, helikopter, pesawat dan artileri menyerang sasaran tersebut di kawasan itu.

Serangan udara Israel memusnahkan banyak bangunan bertingkat termasuk kediaman milik ahli biro politik Hamas, Rawhi Mushtaha.

Kawasan kediaman itu dikatakan mempunyai sebuah `pusat arahan Hamas yang mana mengarahkan kemasukan ke Israel’.

Jelas tentera Israel, dua `aset operasi’ Hamas turut diserang termasuk sebuah unit terletak berhampiran masjid.


Dilaporkan, kepulan asap tebal memenuhi ruang udara di kawasan Palestin ketika serangan berterusan pada awal pagi.

Sabtu lalu, Hamas melancarkan serangan mengejut ke atas Israel yang setakat ini menyebabkan lebih 700 penduduk wilayah itu terkorban.

Pihak berkuasa Gaza pula melaporkan sekurang-kurangnya 493 penduduk Palestin maut.

Israel kini melancarkan serangan udara yang berterusan di Semenanjung Gaza.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori