Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Lapangan Terbang Mitiga Tripoli...

TRIPOLI - Lapangan Terbang Antarabangsa Mitiga (MJI) Tripoli ditutup sekali lagi pada pagi...

Mufti Perlis Nasihat DAP...

KUALA LUMPUR - Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menasihati DAP...

11,457 Pencarum Perkeso Kembali...

MELAKA - Sebanyak 11,457 individu yang terbabit dalam kemalangan dan hilang upaya kekal...

Cadang Mekanisme Peruncit, Pemborong...

KUALA LUMPUR - Persatuan Peruncit Bumiputera (BRO) berharap kerajaan memperkenal mekanisme campur tangan...

‘Istana Pahang Tarik Balik Darjah Kebesaran, Pingat Jika Pamer, Lekat Lambang Pada Kenderaan’

KUANTAN: Penerima darjah kebesaran dan pingat negeri ini yang mempamer atau melekatkan lambang darjah kebesaran atau pingat berkenaan pada kenderaan mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang termasuk penarikan balik darjah serta pingat yang dikurniakan itu.

Wow….pizza cuma RM11?…..nak tahu lanjut..klik sini…..

Tindakan dikenakan itu selaras mengikut Enakmen Lambang, Gelaran atau Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Pahang 2017, membabitkan gelaran atau anugerah yang dikurniakan Sultan Pahang.

Selain itu, mereka yang didapati menggunakan gelaran palsu juga boleh didakwa mengikut peruntukan sama.

Susulan itu, Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman, memberi peringatan kepada penerima darjah dan pingat kebesaran Pahang untuk tidak mempamer atau melekatkan lambang darjah kebesaran atau pingat pada kenderaan mereka.

Beliau berkata, peringatan itu dibuat selepas dititahkan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang kini bersemayam di Istana Negara.


“Bagi mengesan pesalah yang melanggar enakmen itu, pihak polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diminta bekerjasama dalam mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap mereka terbabit,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Pada Ogos lalu, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman memberi peringatan bahawa semua pihak tidak dibenarkan memasang atau memaparkan lambang atau emblem darjah kebesaran Pahang pada mana-mana bahagian kenderaan tanpa kebenaran.

Beliau berkata, perkara itu dinyatakan pada Seksyen 3(1)(d) Enakmen Lambang, Gelaran atau Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Pahang 2017 dan individu yang disabitkan kesalahan boleh didenda antara RM250,000 hingga RM500,000 atau dipenjarakan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori