Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

“TRW Masih Tiada Umph!”...

KUALA LUMPUR - "Perlu tahu Liga Malaysia bukannya Liga Perdana Inggeris (EPL)".Itu peringatan...

Kempen Pengurusan Emosi Dan...

SHAH ALAM - Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekarang, pelbagai isu emosi...

Satu Kematian Disahkan Rabies...

Shah Alam : Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan terdapat satu kes kematian...

3 Syarikat Indonesia Di...

PETALING JAYA - Tiga firma Indonesia yang berpangkalan di Singapura dikaitkan dengan kebakaran...

Kekuatan Hizbullah 10 Kali Ganda Banding Hamas – Israel

BAITULMAQDIS: Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant, semalam mengerahkan tentera untuk bersiap siaga di wilayah utara bagi menghadapi serangan Hizbullah.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Beliau berkata arahan itu sebagai persiapan yang diperlukan di wilayah berkenaan kerana waspada dengan kekuatan Hizbullah yang 10 kali lebih kuat daripada Hamas.

Lapor stesen penyiaran KAN, kenyataan itu dibuat sewaktu Gallant menghadiri mesyuarat tertutup dengan pegawai kanan kerajaan.

Pada pertemuan itu, Gallant meminta pegawai kerajaan supaya memuktamadkan pemindahan peralatan ketenteraan di wilayah utara.

Mengikut kenyataan tentera Israel dan Hizbullah, masing-masing melancarkan serangan antara satu sama lain sepanjang hari.

Sekurang-kurangnya 10 pejuang Hizbullah terbunuh sejak tercetusnya keganasan di sempadan Lubnan dan Israel.


Ketegangan itu berlaku di tengah-tengah serangan udara Israel di Semenanjung Gaza berikutan Operasi Taufan Al-Aqsa, serangan mengejut oleh Hamas pada 7 Oktober ke atas bandar sempadan Israel.

Sekurang-kurangnya 3,478 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan didalangi Israel ke atas Gaza, manakala lebih 1,400 warga Israel terbunuh sejak operasi bermula.

Hizbullah sudah banyak kali berperang dengan Israel, terbaru pada 2006 yang mana kumpulan pejuang dari Lubnan itu melancarkan serangan roket ke arah beberapa bandar utama Israel.

Serangan kumpulan itu mengakibatkan kerosakan harta benda dan lebih 1,000 rakyat Lubnan terbunuh dalam konflik berkenaan ekoran serangan Israel.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori