Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

PM Tingkatkan Hubungan Dengan...

NEW DELHI - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakhiri lawatan rasmi selama...

SPRM Tidak Minta Info...

SEREMBAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak akan sesekali meminta butiran peribadi...

Masih Sayang.. Zamarul Mengaku...

SPEKULASI pergolakan rumah tangga yang melanda Zamarul Hisham dan Diana Rafar akhirnya terungkai.Krisis melanda...

Garis Panduan Baru Bagi...

Garis panduan baru akan dikeluarkan membabitkan persembahan artis antarabangsa yang dijangka diumumkan menjelang...

Kelengkapan Baharu Untuk Keselamatan Negara

KUALA LUMPUR : Proses perolehan aset baharu akan dimulakan bagi memperkukuh tahap kesiapsiagaan pertahanan dan keselamatan negara.

Wow….pizza cuma RM11?…..nak tahu lanjut..klik sini…..

Ini membabitkan perolehan aset untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) iaitu Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Perolehan aset baharu turut membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini mengumumkan kerajaan akan membuat perolehan 12 helikopter baharu untuk TUDM.


“Untuk TDM, perolehan aset-aset utama seperti 60 kereta perisai infantri, 50 High Mobility Light Tactical Vehicle, 6 Hovercraft Integrated Fast Interceptor serta 733 kenderaan sokongan pelbagai jenis.

“Selain itu, perolehan turut membabitkan kerja memasang-pulih dua aset kapal selam, selain meneruskan perolehan tiga buah Littoral Mission Ship TLDM,” katanya dalam pembentangan Belanjawan 2024, hari ini.

Beliau berkata, kerajaan akan membuat perolehan bagi menggantikan aset lama dengan tujuh buah pesawat kapal terbang ‘twin engine’ dan lima helikopter ringan milik PDRM.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori