Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Mayat Warga Emas Dalam...

BALIK PULAU - Misteri kehilangan seorang warga emas sejak enam hari lalu akhirnya...

Lidah Beruang Dibuang Selepas...

LIDAH seekor beruang terpaksa dibuang selepas ia membengkak sebesar 3.17 kilogram hingga terpaksa...

PRK Semenyih: Hari Penamaan...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan tarikh 16 Februari iaitu Sabtu...

Belum Ada Cadangan Laksana...

Kerajaan belum bercadang untuk melaksanakan program vaksinasi bagi penyakit cacar monyet atau Mpox...

Kenakan Peraturan Ke Atas Negara Lain Wajar Dilarang – Putin

SOCHI, RUSSIA: Presiden Russia, Vladimir Putin semalam menegaskan, tindakan mengenakan peraturan ke atas mana-mana negara lain harus dilarang malah tiada siapa yang berhak memerintah dunia untuk orang lain.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Berucap di Valdai Discussion Club di Sochi, Putin menekankan keperluan untuk membina dunia yang terbuka, saling berhubung dan pelbagai yang mana peraturan dikenakan ke atas negara lain harus dilarang.

“Adalah dilarang untuk mengenakan kepada mana-mana negara atau rakyat bagaimana mereka harus hidup, bagaimana perasaan mereka. Hanya kepelbagaian budaya dan tamadun yang benar akan memastikan kesejahteraan rakyat dan keseimbangan.

“Tiada siapa yang boleh membuat keputusan untuk semua orang dan tidak semua orang boleh memutuskan segala-galanya. Tetapi mereka yang terjejas secara langsung oleh masalah tertentu akan bersetuju mengenai apa yang perlu dilakukan dan bagaimana untuk melakukannya,” katanya seperti dilaporkan Xinhua.


Presiden Russia itu juga menegaskan, keamanan global yang berkekalan tidak akan diwujudkan sehingga semua pendapat negara lain dihormati dan semua pihak berasa selamat.

Menyentuh dasar pertahanan Russia, Putin berkata negara itu akan memulakan pengeluaran besar-besaran sistem peluru berpandu strategik Sarmat, tidak lama lagi dan ujian terakhir Burevestnik, peluru berpandu pelayaran berkuasa nuklear jarak global juga sudah dijalankan.

Tambahnya, tidak ada keperluan untuk menukar ketetapan berkaitan senjata nuklear dalam doktrin nuklear negara kerana ‘tiada pihak secara jelas mempertimbangkan untuk menggunakan senjata nuklear terhadap Russia’.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori