Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Biar Negara Bankrap, Yang...

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu secara sinis menyifatkan imbuhan...

Polis Kesan ‘Kingpin’ Dadah...

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan waran tangkap ke atas seorang...

Peningkatan Mendadak Kes HFMD

KUALA LUMPUR - Terdapat peningkatan mendadak dengan 55,860 kes Penyakit Tangan, Kaki dan...

Azmin Mohon Batal Saman...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada Jumaat memfailkan permohonan untuk...

Kerajaan Salur RM1 Juta Bantu Rakyat Palestin

Kuala Lumpur : Kerajaan akan menyalurkan sebanyak RM1 juta menerusi Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) yang dikendalikan oleh Kementerian Luar.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, penyaluran bantuan itu adalah sebagai tindakan segera kerajaan Malaysia bagi membantu rakyat Palestin.

“Sebagai tanda solidariti saya menyeru Ahli Yang Berhormat yang berada di luar dan dalam dewan ini untuk turut sama-sama menghulurkan sumbangan dalam tabung yang telah disediakan di luar dewan atas persetujuan Speaker.

“Saya harap tabung itu dapat diisi dan kita serahkan kepada Kementerian Luar,” katanya ketika menggulung usul berhubung perkembangan semasa konflik Palestin-Israel di Dewan Rakyat hari ini.


Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, kerajaan akan terus memudahkan cara urusan penyaluran bantuan kepada rakyat Palestin dengan segera.

Beliau juga menyarankan semua pihak menggunakan #SolidarityForPalestine di media sosial masing-masing.

“Jadi, tidak perlu mana-mana parti politik atau mana-mana pertubuhan menganjurkan perhimpunan menyokong Palestin, Jumaat ini,” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori